• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25

Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25

May 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR di media sosial berkenaan bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung bot pelancong berhampiran pantai Langkawi ketika menjalani latihan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25), petang Khamis semalam.

Insiden jam 4.34 petang itu menyebabkan dua anggota TLDM cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, tetapi tiada orang awam cedera.

Dua Anggot Cedera, Tiada Orang Awam Terlibat

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Menurut kenyataan TLDM, bot digunakan dalam raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim LIMA '25 dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bot pelancong yang sedang berlabuh.

Lembaga Siasatan TLDM Akan Ditubuhkan

Bagaimanapun, tiada kecederaan parah atau kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi kru bot tetap dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Shariman menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, sebaliknya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. TLDM turut memaklumkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bot TLDM, LIMA '25, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev