SATU persamaan antara pengeluar kereta legasi ialah bermua dengan dua roda. Bermula dengan basikal dan kemudian beralih kepada motosikal sebelum membangunkan kereta sendiri.
Antara pengeluar dengan sejarah tersebut ialah Skoda Auto dari Republik Czech dengan model bersejarah - Slavia B yang dikeluarkan pada 1899.
Bangunkan Semula Model Ikonik
Skoda sudah lama terkenal dengan semangat rekabentuk selama 130 tahun. Bagi menonjolkan koleksi model klasik, Skoda membangunkan siri rekabentuk semula model ikonik seperti 200 RS, van 1203, Voiturette dan terkini, motosikal konsep Slavia B.
Model konsep Slavia B adalah paling berani setakat ini dan kali pertama menggunakan bahasa rekabentuk baharu Skoda, Modern Solid.
Skoda Slavia B Tampil Rekabentuk Berani
Rekabentuk Skoda Slavia B menggabungkan minimalisme dan kekuatan yang menumpukan bentuk berani, garis bersih dan fungsi praktikal. Ini mencerminkan peralihan ke arah mobiliti elektrik, kelestarian dan digitalisasi.
Motosikal konsep itu mengambil ilham Slavia B asal yang dibina bawah jenama Laurin & Klement (L&K), iaitu syarikat yang kemudian menjadi Skoda Auto.
Motosikal ini sangat canggih pada zamannya dan berjaya mengukuhkan reputasi syarikat sebagai peneraju inovasi. Model terbaharu itu mengekalkan siluet frem asal, tetapi disesuaikan untuk era elektrik dengan ruang untuk enjin pembakaran kini terbuka dengan logo Skoda seakan terapung.
Garis menegak membahagikan bahagian depan dan belakang yang menonjolkan keseimbangan antara nostalgia dan inovasi.
Sentuhan Pereka Berjiwa Motosikal
Model konsep ini diterajui pereka Perancis, Romain Bucaille, yang biasa merekabentuk luaran model kereta Skoda.
Aku mahu kembali kepada akar jenama. Sebagai seseorang yang juga suka motosikal, ini cabaran kreatif yang menyegarkan."
Rekabentuk bermula dengan lakaran tangan dan berkembang menjadi tiga lakaran digital sebelum versi akhir dipilih.
Skoda Slavia B dengan Gaya 'Modern Solid'
- Menghormati kerja awal Vaclav Laurin dalam geometri dan kawalan motosikal.
- Pelana minimal apung, beg alat kulit bersepadu ala model asal.
- Tribut kepada Narcis Podsednicek, iaitu pelumba kilang yang menamatkan perlumbaan Paris-Berlin 1901 dengan menunggang Slavia B.
- Rekabentuk cafe racer futuristik dalam gaya 'Modern Solid'.
- Kontur bersih, tepi tajam dan pencahayaan tersendiri.
- Gabungan bentuk mudah dan butiran berfungsi sejajar falsafah rekabentuk Skoda.
Banyak Projek Klasik Bakal Muncul
Walaupun motosikal konsep ini tidak dihasilkan secara komersial, tetapi menjadi kenyataan visi masa depan Skoda yang berakar daripada sejarah dan kreativiti.
Dengan lebih banyak projek ikon klasik bakal menyusul, Skoda menunjukkan masa depan jenama itu terjalin erat dengan warisan lama.
Leave a Reply