• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hype Motorsports Nilai - Hotel Pertama di Malaysia Berkonsepkan Permotoran

Hype Motorsports Nilai - Hotel Pertama di Malaysia Berkonsepkan Permotoran

July 8, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

554
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Hotel Hype Motorsports Nilai BUAT pertama kali di Malaysia dan Asia Tenggara, Forte Hospitality Management Sdn Bhd melancarkan Hotel Hype Motorsports yang berkonsepkan dunia permotoran di Nilai, Negeri Sembilan.

Terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Nilai, perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ke Hotel Hype Motorsports hanya mengambil masa selama 15 minit.

Hotel Hype Motorsports Nilai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forte Hospitality Management Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof berkata, pihaknya mengambil masa beberapa bulan melakukan kajian terperinci dan merancang tema yang sesuai sebelum mengambil keputusan mengetengahkan konsep permotoran.

Belum ada lagi mana-mana hotel di Malaysia, malah di Asia yang menampilkan konsep dunia permotoran. Ini peluang terbaik kepada kami untuk memperkenalkan konsep yang julung kali ini kepada penduduk Malaysia dan Asia.

"Kami juga merancang membuka beberapa lagi hotel berkonsep sama di beberapa lokasi strategik seluruh negara sekiranya mendapat sambutan baik daripada orang ramai," katanya.

Hotel Hype Motorsports Nilai

75 BILIK BERKONSEPKAN PERMOTORAN

Hotel Hype Motorsports Nilai memiliki 75 bilik yang direka unik berkonsepkan permotoran menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta gambar berlatar belakangkan aksi perlumbaan.

Malah, turut memiliki beberapa bilik bertemakan legenda permotoran dunia, seperti pelumba Formula Satu (F1), Michael Schumacher, pelumba MotoGP, Valentino Rossi, pelumba motocross, Tony Cairoli, pemandu rali, Sebastian Loeb dan lain-lain.

Lebih menarik, bilik legenda dan 'premier' dilengkapi kerusi urut untuk keselesaan pelanggan hotel.

Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai

3 KATEGORI BILIK

Ada tiga kategori bilik ditawarkan, iaitu Standard, Superior dan Family. Hotel Hype Motorsports Nilai juga dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti pendingin hawa kawalan individu, kunci pintu dengan kad sentuh, sensor asap, akses internet Wi-Fi percuma dan televisyen yang lengkap dengan saluran siaran tempatan, saluran permotoran dan jadual harian penerbangan.

Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai

LAIN DARIPADA LAIN

Sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk ke ruang lobi hotel, anda pasti terpegun melihat konsep permotoran yang ditampilkan daripada susun atur kaunter lobi, rekaan kerusi hingga meja. Paling menarik, butik produk-produk permotoran berjenama terkenal.

Melangkah ruang kafe di Paddock Club pula, ada pelbagai pilihan hidangan makanan halal, menu popular dari dalam dan luar negara yang disediakan chef berpengalaman membabitkan hidangan sarapan pagi hingga makan malam.

Ruang kafe itu juga boleh diubah suai untuk disesuaikan kepada apa jua jenis majlis seperti pelancaran produk baru, persembahan dan aktiviti berkumpulan membabitkan syarikat korporat dan acara famili. Malah, ruang lobi luas mampu memuatkan aneka jenis kenderaan atau motosikal bagi tujuan pameran.

Perkhidmatan menyewa motosikal atau kereta, dan mencuci kenderaan atau motosikal kepada penghuni hotel (tertakluk terma dan syarat) turut disediakan.

HARGA SERENDAH RM150

Anda boleh menempah bilik Hotel Hype Motorsports Nilai pada harga serendah RM150 hingga RM280 semalam termasuk sarapan pagi.

Hotel Hype Motorsports NilaiTEMPAH SEKARANG

Maklumat lanjut mengenai Hotel Hype Motorsports Nilai boleh layari www.hypenilai.com. Untuk tempahan, boleh menghubungi talian 017-3350030 atau emel: [email protected].

GALERI

Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai
Hotel Hype Motorsports Nilai

Related

554
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Forte Hospitality Management Sdn Bhd, hotel, Hotel Hype Motorsports Nilai, Hotel permotoran, Johari Mohd Yusof

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev