• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Keputusan Subsidi Bersasar RON95 Ambil Kira Situasi Ekonomi Semasa

Keputusan Subsidi Bersasar RON95 Ambil Kira Situasi Ekonomi Semasa

May 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN akan menilai situasi ekonomi semasa sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol RON95.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, sebarang keputusan pelaksanaan itu perlu melalui pertimbangan menyeluruh peringkat Kabinet termasuk mengambil kira pandangan Kementerian berkaitan.

Penangguhan Subsidi Bersasar RON95 Masih Dalam Pertimbangan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika mengulas sebarang kemungkinan penangguhan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang sebelum ini dijadualkan bermula pertengahan tahun ini.

Menurutnya, keputusan akhir bergantung kepada kesusaian pelaksanaan berdasarkan input Kementerian terlibat.

Ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan bercadang melaksanakan pensasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025, yang mana penjimatan hasil pelaksanaan tersebut akan dimanfaatkan untuk kebajikan majoriti rakyat.

Subsidi RON95: Dua Peringkat Harga, Guna MyKad

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Mac lalu berkata, Kerajaan kini sedang memperhalusi mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar, dan tidak mahu membuat pengumuman dasar tergesa-gesa

Menurutnya, pelaksanaan akan melibatkan dua peringkat harga:

  • Subsidi
  • Tanpa subsidi

Mekanisme pula adalah dengan menggunakan MyKad sebagai sistem pengesahan bagi penyaluran subsidi kepada rakyat layak. Bagaimanapun, mekanisme lengkap dijangka diumumkan selepas separuh pertama tahun ini.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, harga ron95, Kementerian Ekonomi, Kerajaan Malaysia, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my