• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #MAS2025: Nissan Kicks e-POWER Edisi IMPUL Buka Tempahan, Tawar Pakej Aksesori RM8,500!

#MAS2025: Nissan Kicks e-POWER Edisi IMPUL Buka Tempahan, Tawar Pakej Aksesori RM8,500!

May 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN Kicks e-POWER kini tampil dengan edisi khas IMPUL yang menambahkan lagi elemen sporty pada rekabentuk. Tempahan juga kini dibuka dengan penghantaran dijangka bermula Julai ini.

Apa Dapat dengan Pakej IMPUL?

Harga penuh pakej RM8,500 dan ditawarkan untuk semua varian Kicks e-POWER.

Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
  • Lip spoiler depan
  • Aero garnish pada skirt sisi
  • Bampar belakang sporty dengan elemen seakan difuser
  • Spoiler pintu but bentuk 'M'
  • Emblem bonet Impul
  • Rim Impul Aura SX-50 18 inci (satu inci lebih besar dari rim asal) dengan tayar Goodyear Eagle F1 Sport 225/45

Pilihan Beli Aksesori Berasingan

Terdapat juga pilihan pembelian secara berasingan seperti:

  • Kit badan, spoiler, dan emblem bonet sahaja - RM5,000
  • Rim dan tayar sahaja - RM3,500
  • Spoiler sahaja - RM3,000

Promosi Tempahan Awal

Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025

Bagi promosi awal (early bird) masa terhad, pembelian mana-mana varian Nissan Kicks e-POWER akan menerima kit badan IMPUL, emblem bonet, dan spoiler percuma. Malah, juga dilengkapi 'Active Package' dengan aksesori seperti:

  • Visor pintu
  • Dulang but
  • Pelindung hendal pintu
  • Plat alas kaki
  • Pedal sport
  • Penutup hiasan pembesar suara
  • Kamera pemuka (dashcam)
  • Filem cermin gelap Ice Cool (untuk varian VL) / V-Kool keselamatan (VLT)
  • Cermin pandang belakang automalap dengan kamera undur (VL)

Selepas tamat tempoh promosi, Active Package akan dijual pada harga RM8,500.

Aksesori Tambahan Lain Nissan Kicks e-POWER

  • Kerusi kulit leatherette hitam+jahitan biru (VL sahaja): RM1,800
  • Kerusi kulit Nappa hitam (VLT sahaja): RM 2,800
  • Karpet tambahan: RM150

Semua aksesori Impul diberikan waranti tiga tahun atau 100,000km jarak perbatuan.

Nissan Kicks e-POWER - SUV Hibrid Berkuasa dan Praktikal

Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025

Nissan Kicks e-POWER menggunakan sistem hibrid paralel yang mana roda digerakkan sepenuhnya motor elektrik, manakala enjin petrol berfungsi sebagai generator kuasa. Teknologi ini menawarkan pemanduan elektrik penuh tanpa perlu pengecasan luaran.

Dengan penambahan versi IMPUL Edition, Nissan Kicks e-POWER kini tampil dengan gaya pasaran domestik Jepun (JDM) lebih menyerlah, sesuai untuk mereka yang mahukan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid dengan imej sporty dan moden.

Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025
Nissan Kicks e-POWER IMPUL 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Malaysia Autoshow 2025, Nissan, Nissan Kicks e-POWER, Nissan Kicks e-POWER Edisi Impul, Nissan Kicks e-POWER IMPUL, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev