SELEPAS kejayaan model Zontes 368G awal tahun ini, jenama dua roda dari China itu kembali menggegarkan Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) dengan tiga model baharu:
- Zontes 368D - Harga anggaran bawah RM25,000
- Zontes 368E - Harga anggaranbawah 27,000
- Zontes 703F - Harga anggaran bawah RM40,000
Semua model di atas sudah boleh tempah sekarang di pengedar Zontes seluruh Malaysia!
Zontes 368D - Skuter Urban, Lebih Kuasa dan Lebih Ringan
Naik taraf daripada model 350D, Zontes 368D tampil dengan badan lebih ringan (175kg) tapi masih mengekalkan kuasa padu daripada enjin 368cc dengan output kuasa 28.5kW (38hp) dan tork 40Nm. Skuter ini sesuai untuk tunggangan urban di jalan bandar sibuk kerana menawarkan kelincahan, jarak tinggi bumi 150mm dan juga selesa.
Ciri:
- Panel meter TFT 6.75 inci, kamera pemuka depan dan belakang, visor angin boleh laras elektrik
- Port USB, brek parkir automatik, lampu LED penuh
- Sistem brek J.Juan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Warna: Matte Black (hitam), Matte Silver (perak) dan Grey (kelabu)
Zontes 368E - Skuter Touring Serius untuk Kaki Ronda
Mahu menunggang jauh? Zontes 368E adalah jawapannya dengan lebih berat sedikit (193kg), tetapi lengkap untuk tunggangan jauh. Enjin sama seperti 368D, tetapi memiliki kapasiti tangki besar 17 liter dengan penjimatan bahan api hingga 3.5 liter per 100km.
Ciri:
- Storan bawah pelana mampu memuatkan dua helmet XXL
- Pemanas grip, visor angin besar boleh laras elektrik
- Sistem kunci pintar (keyless), sistem brek dan keselamatan sama seperti 368D
- Warna: Matte Black (hitam), Pearl White (putih) dan Matte Silver Blue (biru)
Zontes 703F - Kali Pertama Masuk Kategori Super Adventure!
Inilah paling ditunggu: Zontes 703F, model advencer paling besar dan berkuasa daripada famili Zontes setakat ini. Enjin 3-silinder 699cc dengan output kuasa 70kW (93hp) dan tork 75Nm nyata cukup padu untuk meredah laluan on-road dan off-road.
Ciri:
- Kapasiti tangki 22 liter, suspensi Marzocchi boleh laras
- Dua varian tayar:
- 19 inci - jarak tinggi bumi 190mm, tinggi pelana 830mm
- 21 inci - jarak tinggi bumi 205mm, tinggi pelana 845mm
- Lampu LED, visor angin boleh laras elektrik, pelana empuk
- Warna: Mech Grey (kelabu) dan Black Gold (hitam-emas)
Semua Model Sokong Zontes Smart App
Ketiga-tiga model baharu itu serasi dengan aplikasi Zontes Smart App untuk akses maklumat motor, sejarah tunggangan, dan diagnostik.
Jumpa Zonets di Malaysia Autoshow 2025!
- Tarikh: 9-15 Mei 2025
- Lokasi: MAEPS, Serdang
- Reruai: Hall C, No 16
Boleh datang tunggang uji, tengok depan mata, dan rasai sendiri teknologi canggih daripada Zontes!
Leave a Reply