GAC Motor dan AION membuka tirai penyertaan dalam pasaran elektrifikasi Malaysia dengan memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid plug-in (PHEV) pertama masing-masing. Tempahan kini dibuka pada harga anggaran sekitar RM333,000.
Selain dua model itu, GAC Motor dan AION juga memperkenalkan barisan kenderaan elektrik (EV) lain yang turut memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi selain kempen mempromosikan kenderaan sedia ada di pasaran tempatan.
GAC M8 PHEV - MPV Pintar, Jarak Mampu Cecah 1,038km
Walaupun spesifikasi lengkap berlum diterima, GAC Motor mendedahkan beberapa ciri utama MPV PHEV ini:
- Jarak pemanduan hingga 1,038km dengan gabungan bateri dan isian petrol penuh.
- Didatangkan dengan beg udara 360º, termasuk beg udara cermin belakang pertama dunia.
- Teknologi bateri 'magazine' memberikan kestabilan untuk kawalan haba dan keselamatan.
- Sistem bantuan pemandu pintar menyeluruh.
Waranti dan Promosi Awal
Pemilik terawal GAC M8 PHEV bakal menerima waranti kenderaan lima tahun dan 150,000km jarak perbatuan (mana satu tiba dulu) dan waranti komponen EV seperti motor, bateri, dan unit kawalan lapan tahun dan 150,000km jarak perbatuan (mana satu tiba dulu).
Malah, promosi lain tempahan awal ini juga menyediakan penyelenggaraan percuma dua tahun, termasuk kabel pengecas mudah alih bernilai RM3,800.
SUV Elektrik Hyptec HT Bakal Lancar Suku Ketiga 2025
Satu lagi model menarik jenama ini ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Hyptec HT yang dijangka dilancarkan suku ketiga tahun ini.
Model ini menonjolkan keunikan dari segi dua varian ditawarkan:
- Pintu sayap camar (gull-wing)
- Pintu standard
Spesifikasi ringkas:
- Bateri 'magazine' tahan haba, struktur lebih kukuh, dan keselamatan dipertingkat
- Jarak pemanduan 620km (mengikut ujian NEDC)
- Pengecasan pantas (DC) 280kW
AION V - SUV EV Ilham Tyrannosaurus Rex
Pada hari sama, SUV elektrik kedua jenama ini turut diperkenalkan, AION V buat kali pertama di Malaysia selepas debut di Pameran Motor Paris.
Rekabentuk, AION V diilhamkan daripada reptilia purba, dinosaur Tyrannosaurus Rex yang memperlihatkan gabungan gaya agresif dan futuristik yang sedia mencabar pasaran SUV elektrik di pasaran Malaysia.
Ciri model ini:
- Motor elektrik 100kW dan tork 240Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat
- Jarak pemanduan 602km (mengikut ujian NEDC).
GS3 Emzoom - Ulang Tahun Pertama dengan Tawaran Hebat
Sempena sambutan ulang tahun pertama model ini, GAC dan AION menganjurkan kempen 'Anniversary Mega Offer'.
Kempen ini memberikan tawaran berupa:
- Ansuran bulanan serendah RM990.
- Disatukan dengan kempen sedia ada, 'Drive Home A GAC' dengan hadiah terkumpul bernilai lebih RM600,000.
Crossover ini sesuai buat mereka yang menekankan gaya, kuasa, dan keseronokan pemanduan.
Ppelbagai tawaran disediakan GAC Motor dan AION membuktikan mereka memberi komitmen tinggi yang menumpukan kepada teknologi pintar, praktikaliti sebenar, dan gaya hidup mesra alam di Malaysia
Leave a Reply