• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Corolla 2025 Diperbaharui di Jepun, Kini Fokus Hibrid dengan Ciri Premium Sebagai Standard

Toyota Corolla 2025 Diperbaharui di Jepun, Kini Fokus Hibrid dengan Ciri Premium Sebagai Standard

May 10, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Jepun mengumumkan beberapa penambahbaikan penting untuk siri Corolla 2025 untuk pasaran Negara Matahari Terbit itu.

Toyota Corolla Sport dilancarkan pada 9 Mei 2025, manakala Corolla Touring dan Corolla sedan dijadual dilancarkan pada 19 Mei 2025. Penambahbaikan ini dirancang untuk meningkatkan daya tarikan produk di pasaran.

Fokus Hibrid 100%, Tidak ICE Semata-Mata

Toyota Corolla Jepun tidak lagi ditawarkan dalam enjin pembakaran dalaman (ICE) sahaja, sebaliknya semua varian kini dijana trenkuasa hibrid (HEV) dengan enjin 2ZR-FXE 1.8L yang dipadan motor elektrik kuasa tinggi dan transmisi automatik e-CVT.

Semua model Toyota Corolla 2025 dijana enjin sama:

  • Enjin: 4-lejang 4-silinder sebaris 2ZR-FXE 1,797cc
  • Output kuasa: 72kW (98ps) @ 5,200rpm, dan tork 142Nm @ 3,600rpm
  • Kapasiti tangki petrol: 43 liter
  • Bateri litium-ion 4.08Ah
  • Motor elektrik depan jenis segerak AC (1VM) dengan output kuasa 70kW (95ps), dan tork 185Nm
  • Motor elektrik belakang jenis segerak AC 1WM (E-Four sahaja) dengan output kuasa 30kW (41ps) dan tork 84Nm

Toyota Corolla Sport, Touring dan Sedan 2025 - Apa Perbezaan?

Toyota Corolla Sport G'Z'
Toyota Corolla Sport G'Z'
Toyota Corolla Sport G 'Z' 2025 Jepun
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD

Toyota menyusun Corolla 2025 kepada beberapa varian mengikut pilihan dan keperluan pelanggan berbeza:

  • Corolla Sport (G'Z', G, GX): Rekabentuk lebih agresif dan sporty.
  • Corolla Touring dan Corolla Sedan (WxB, G, X): Lebih praktikal dan seuai untuk keluarga.

1. Ciri Corolla Sport

  • G'Z': Perakam Pemanduan Depan dan Monitor Panduan Belakang (dengan fungsi rakaman ringkas), kunci digital, pemanas stereng, Audio Display Plus
  • G: Monitor Titik Buta (BSM) + Bantuan Turun Selamat (SEA), Brek Sokongan Parkir Toyota (PKSB) - kenderaan hampiri belakang, dan lampu kabus depan LED

2. Ciri Corolla Touring dan Corolla

  • WxB: Perakam Pemanduan Depan (FDR) + Monitor Pandang Belakang (RVM), kunci digital, Audio Display Plus
  • G: Monitor Titik Buta (BSM) + Bantuan Turun Selamat (SEA), Brek Sokongan Parkir Toyota (PKSB) - kenderaan hampiri belakang), rim aluminium 16×7J dengan tayar 205/55 R16, dan lampu kabus depan LED

Sistem Pacuan (2WD atau E-Four)

  • Pacuan roda depan (2WD): Semua model Corolla (Sport, Touring, dan Corolla) ditawarkan dengan pacuan 2WD sebagai standard.
  • E-Four (pacuan semua roda elektrik): Sistem pacuan semua roda elektrik E-Four adalah pilihan untuk Corolla Touring dan Corolla Sedan. Corolla Sport tidak ditawarkan pilihan E-Four.

Toyota Corolla 2025 Kini Lebih Hijau, Premium

Dengan hanya satu jenis enjin hibrid merentas semua model, Toyota Corolla 2025 menegaskan komitmen terhadap mobiliti mampan tanpa mengorbankan ciri moden dan praktikal.

Ini ditambah pula dengan ciri canggih seperti kunci digital, BSM, PKSB, dan kemasan sporty yang meletakkan Corolla kekal relevan sebagai sedan pilihan rakyat Jepun.

Adakah Toyota Corolla 2025 versi Jepun ini akan masuk Malaysia? Buat masa ini belum disahkan, tetapi langkah Toyota ini mungkin memberi bayangan masa depan barisan Corolla global.

Toyota Corolla 2025
Toyota Corolla Sport G'Z'
Toyota Corolla Sport G'Z'
Toyota Corolla Sport G 'Z' 2025 Jepun
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Corolla Sport, Toyota Corolla Touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my