• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #MAS2025: SUV Mewah 7-Kerusi Audi Q7 S Line 2025 CKD Lancar dengan Enjin V6 MHEV

#MAS2025: SUV Mewah 7-Kerusi Audi Q7 S Line 2025 CKD Lancar dengan Enjin V6 MHEV

May 8, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


AUDI Malaysia
menerusi PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasmi melancarkan model kenderaan utilisi sukan (SUV), Audi Q7 S Line 2025 versi pemasangan tempatan (CKD) di pameran Malaysia Autoshow 2025 pada harga RM459,990.

Rekabentuk Sporty dan Gaya Elegan

Audi Q7 S Line menampilkan rekabentuk S Line yang garang dan atletik, lengkap dengan Black Styling Package Plus yang menyerlahkan elemen sporty seperti bampar khas, gril Audi Singleframe hitam dan rim Audi Sport 22 inci.

Penampilan dipertingkat dengan logo Audi warna kelabu anthracite dan spoiler bumbung. Ada empat pilihan warna seperti Glacier White (putih), Mythos Black (hitam), Waitomo Blue (biru) dan Daytona Grey Pearl Effect (kelabu).

Prestasi Tinggi, Enjin Pintar MHEV

Model baharu itu dikuasakan enjin 3.0L TFSI V6 dengan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V dengan:

  • Output kuasa 340ps dan tork 500Nm.
  • Transmisi tiptronic 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) quattro.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.6 saat.
  • Kelajuan maksimum 250kmj.

Teknologi Audi Drive Select dan Suspensi Udara Adaptif Sport membolehkan talaan dinamik dan keselesaan pemanduan maksimum mengikut gaya pemanduan atau permukaan jalan.

Sistem stereng semua roda pula meningkatkan ketangkasan di kawasan sempit dan kestabilan pada halaju tinggi.

Kabin Luas dan Canggih Bertaraf Premium

Ruang dalaman Audi Q7 S Line bukan saja luas, tetapi mampu memuatkan tujuh penumpang dengan keselesaan kelas, dan turut dipenuhi teknologi.

Tempat duduk Sports Plus dibalut kulit Valcona dengan lencana ‘S’, manakala sistem hiburan dipertingkat dengan Audi Virtual Cockpit Plus 12.3 inci, paparan dongak (HUD), dan sistem bunyi Bang & Olufsen 3D dengan 19 pembesar suara berkuasa 730W.

Ruang buat fleksibel seluas 1,908liter, dan dilengkapi ciri but elektrik Power Tailgate dengan fungsi sensor kaki, termasuk boleh direndahkan 40mm untuk memudahkan kerja memunggah.

Ciri Keselamatan Canggih dan Konektiviti Pintar

Antara ciri keselamatan standard diberikan ialah Audi Pre Sense Front & Rear, Bantuan Sisi (Side Assist), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), kamera 360º dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Audi Q7 juga menyediakan enam pautan ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak. Dari segi teknologi terkini, Audi Connect membolehkan pengguna memantau dan mengawal kereta melalui telefon pintar, termasuk lokasi, kunci dan status kereta.

Waranti dan Penampilan Perdana

Setiap pembelian dipakejkan waranti pengeluar dua tahun tanpa had perbatuan, dengan pilihan Audi Assurance Package (AAP) bernilai RM20,000 untuk tambahan perlindungan selama lima tahun, termasuk servis dan bantuan tepi jalan.

Audi Q7 S Line 2025 boleh dilihat secara langsung di Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang bermula 9 hingga 15 Mei 2025.

Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi Malaysia, Audi Q7 S Line 2025 CKD, Audi Q7 S Line CKD, Auto Terkini, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), PHSAM, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev