• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #MAS2025: BMW R 1300 GS Adventure 2025 Kini di Malaysia

#MAS2025: BMW R 1300 GS Adventure 2025 Kini di Malaysia

May 8, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Group Malaysia mempertontonkan model BMW R 1300 GS Adventure di Malaysia Autoshow 2025. Model itu menerima rekaan semula hampir secara menyeluruh membabitkan enjin, casis, bentuk badan dan ruang simpanan barang.

Secara asasnya, ada empat varian BMW R 1300 GS Adventure dijangka memasuki pasaran Malaysia iaitu versi Racing Red, Triple Black, GS Trophy dan Option 719 Karakorum. Berikut ialah perbezaan setiap varian:

Racing Red

  • Gaya dinamik dengan tangki minyak perak, tempat duduk dua tona hitam dan merah serta pelindung tangan sambungan berwarna merah.
  • Bar hendal hitam dan rim jejari silang berwarna emas.

Triple Black

  • Rim jejari silang berwarna hitam serta tangki minyak kemasan aluminium berus dengan lapisan cat jernih gelap.
  • Panel sisi atas, penutup tengah tangki dan penutup ruang simpanan warna Blackstorm metalik.
  • Bar hendal anod hitam.
  • Tempat duduk penunggang dan penumpang dengan gabungan warna hitam dan kelabu.

Style GS Trophy

  • Warna Racing Blue metalik dengan jalur Light White dan Racing Red.
  • Beberapa komponen dikemaskan dengan salutan serbuk bertekstur warna Avus Black
    metalik matte.
  • Sambungan gard tangan berwarna merah dipadankan dengan bar pelindung enjin keluli tahan karat dan rim jejari silang berwarna emas.
  • Ada visor angin sport, bar penumpang sport dan rak tangki aluminium.
  • Penutup radiator besar serta rak tangki minyak aluminium.

Option 719 Karakorum

  • Warna eksklusif Aurelius Green metalik matte.
  • Bar hendal dan rim roda anod emas bersama logo Opt. 719 pada penutup tangki.
  • Pelana berwarna hitam dan kelabu dengan aksen emas.
  • Ada jalur emas pada motosikal dengan logo Opt. 719 pada penutup tangki.
  • Bar pelindung enjin disalut warna hitam.
  • Ada penutup radiator aluminium saiz kecil dan grill pelindung lampu tambahan.
  • Tempat duduk berwarna hitam/kelabu dengan ciri pemanas, ada rak bagasi serta visor angin sport kecil.

PERINCIAN

  • Enjin digunakan jenis dwi-silinder boxer 1,300cc yang memiliki saiz lebih kompak disebabkan kotak gear kini diposisikan bawah enjin dan susunan semula aci sesondol.
  • Output kuasa 145hp pada 7,750rpm dan tork 149Nm pada 6,500 rpm.
  • Enjin dilengkapi teknologi BMW ShiftCam untuk prestasi dan penjimatan bahan api.
  • Sistem ekzos keluli tahan karat ringan.
  • Tangki minyak 30 liter.
  • Rim aluminium jenis cross-spoked.
  • Pakej Dynamic termasuk Riding Modes Pro mengandungi pilihan mod Rain, Road, Eco, Enduro, Dynamic, Dynamic Pro dan Enduro Pro.
  • Ada juga ciri Automated Shift Assistant (ASA). Ciri ASA adalah standard untuk versi GS Trophy, Triple Black dan Option 719 “Karakorum”.
  • BMW R 1300 GS Adventure dengan Racing Red menerima Shift Assistant Pro sebagai ciri standard.
  • Pakej Touring juga ciri standard untuk semua varian yang menawarkan tongkat utama, manifold salutan krom, persiapan peranti navigasi, visor angin boleh laras secara elektrik, rak pemegang kotak simpanan atas serta kotak sisi.
  • Casis ditambah baik dengan penggunaan frem utama kepingan logam dan subbingkai aluminium jenis tiub.
  • Menerima komponen EVO Telelever untuk roda hadapan dan EVO Paralever dipertingkat untuk roda belakang demi kestabilan lebih baik.
  • Ciri Dynamic Suspension Adjustment (DSA) baharu untuk meningkatkan lagi keselesaan, prestasi dan keselamatan.
  • Ada peranti adaptif kawalan ketinggian membolehkan penyelarasan automatik sepenuhnya mengikut kegunaan semasa.
  • Lampu utama jenis Matrix LED dengan lampu LED tunggal untuk suluhan rendah dan tinggi. Ada tambahan empat lampu LED sebagai DRL dan lampu sisi.
  • Lampu signal belok diintegrasi ke dalam gard tangan (depan). Ada dua lampu tambahan LED untuk bahagian depan.
bmw r 1300 gs adventure - 2
bmw r 1300 gs adventure - 3
bmw r 1300 gs adventure - 4
bmw r 1300 gs adventure - 5
bmw r 1300 gs adventure - 6
bmw r 1300 gs adventure - 7
bmw r 1300 gs adventure - 8
bmw r 1300 gs adventure - 9
bmw r 1300 gs adventure - 10
bmw r 1300 gs adventure - 11
bmw r 1300 gs adventure - 12
bmw r 1300 gs adventure - 13
bmw r 1300 gs adventure - 14
bmw r 1300 gs adventure - 15
bmw r 1300 gs adventure - 16
bmw r 1300 gs adventure - 17
bmw r 1300 gs adventure - 18
bmw r 1300 gs adventure - 19
bmw r 1300 gs adventure - 20
bmw r 1300 gs adventure - 21
bmw r 1300 gs adventure - 22
bmw r 1300 gs adventure - 1
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-7
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-1
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-2
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-3
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-4
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-5
bmw-r-1300-gs-adventure-2025-6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, BMW R 1300 GS Adventure, Malaysia Autoshow 2025, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev