• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Supra Track Edition, GR Yaris Automatik 2025 Lancar di Malaysia - Harga, Spesifikasi dan Prestasi

Toyota GR Supra Track Edition, GR Yaris Automatik 2025 Lancar di Malaysia - Harga, Spesifikasi dan Prestasi

May 7, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota GR Supra Track Edition 2025 dan Toyota GR Yaris Automatik 2025UMW Toyota Motor (UMW Toyota) terus mengukuhkan barisan model prestasi tinggi GAZOO Racing (GR) dengan pelancaran Toyota GR Supra Track Edition dan Toyota GR Yaris varian automatik.

Pelancaran itu membuktikan misi Toyota dalam menawarkan mobiliti prestasi tinggi yang boleh diakses lebih ramai peminat. Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, setiap model GR bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi turut membawa emosi, mencabar batasan, dan membangkitkan rasa yakin serta keseronokan memandu.

Toyota GR Supra Track Edition - Fokus Litar, Siap untuk Jalan Raya

Toyota GR Supra Track Edition 2025

Dikenali sebagai ikon prestasi sejak lebih empat dekad, Toyota GR Supra Track Edition kini lebih fokus untuk pemanduan litar dengan spesifikasi berikut:

  • Dijana enjin 6-silinder 3.0L turbo dengan output kuasa 388ps dan tork 500Nm.
  • Dipadankan transmisi manual 6-kelajuan, atau automatik 8-kelajuan (dengan pedal syif).
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
  • Kelajuan 0-100kmj sepantas 4.1 saat.
  • Penambahbaikan eksklusif seperti suspensi adaptif ditala semula.
  • Diferensial Gelincir Terhad (LSD) kawalan khas Track Edition.
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
  • Brek Brembo dengan kaliper 4-piston.
  • Spoiler gentian karbon.
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025

Ciri dalaman Toyota GR Supra Track Edition 2025 menampilkan kemasan Alcantara hitam dan kulit, tali keledar merah dan sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara.

Ciri keselamatan pula merangkumi Toyota Supra Safety dengan Amaran Pra-Perlanggaran (PCW), Bantuan Tukar Lorong (LDA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

Harga atas jalan bermula RM698,000 yang jelas menandakan eksklusiviti dan prestasi tulen.

Toyota GR Yaris Automatik – Pecutan Rali untuk Semua

Toyota GR Yaris Automatik 2025

Selepas memperkenalkan model manual versi dipertingkat (facelift) awal tahun ini, Toyota GR Yaris 2025 kini menampilkan varian transmisi automatik 8-kelajuan GR Direct yang dibangunkan dengan input Toyota GAZOO Racing World Rally Team.

Sistem itu menawarkan anjakan gear lebih cepat berdasarkan bagaimana pemandu melarakan terotel dan brek yang menjadikan model tersebut lebih responsif dan intuitif dengan spesifikasi berikut:

Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
  • Masih dijana enjin 3-silinder turbo paling berkuasa di dunia.
  • Output kuasa 300ps, dan tork 400Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat.
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
  • Turut dilengkapi sistem Kawalan Luncur (Launch Control), pakej pendinginan tambahan, dan pedal syif khas lumba.
  • Ciri keselamatan pula dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 dengan ciri seperti Bantuan Jejak Lorong (LTA), Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dan Mod Pakar (Expert Mode) untuk kawalan lebih dinamik.

Harga pula bermula RM325,600.

Tersedia di GR Garage Seluruh Negara

Kedua-dua model berkenaan boleh didapati di semua pengedar GR Garage seluruh Malaysia, dan dipakejkan:

  •  Waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
  • Sokongan selepas jualan penuh.
  • Akses kepada barangan eksklusif GR dan alat ganti prestasi.

UMW Toyota terus membuktikan bahawa prestasi sebenar tidak semestinya eksklusif, tetapi boleh dicapai, dinikmati, dan dikongsi bersama komuniti peminat automotif tanah air.

Toyota GR Supra Track Edition
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Supra Track Edition 2025
Toyota GR Yaris Automatik
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025
Toyota GR Yaris Automatik 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GR Yaris 8AT, GR Yaris Malaysia, Roda4, Toyota GR Supra Track Edition, Toyota GR Supra Track Edition 2025, Toyota GR Yaris Automatik, Toyota GR Yaris Automatik 2025, UMW Toyota, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev