GWM Malaysia mengadakan dua promosi menarik sepanjang Mei 2025 untuk seluruh barisan model kenderaan di bawah jenama itu membabitkan TANK 300, Haval H6 HEV, Ora 07 dan Ora Good Cat.
Promosi menarik itu menawarkan tempoh servis percuma, peluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif membabitkan baucar pelancongan dan aksesori serta penjimatan bernilai ribuan ringgit.
Promosi
GWM TANK 300
Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang Mei ini akan menikmati lima tahun servis percuma dan layak menyertai kempen Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300 untuk menang pelbagai hadiah eksklusif.
Pelanggan yang melengkapkan pembelian dalam tempoh kempen berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM8,888 (lima pemenang setiap bulan) dan seorang pemenang akan menerima hadiah utama berupa kit ubah suai GWM Iron Cavalry.
Peserta pandu uji turut berpeluang memenangi baucar percutian RM888 (25 pemenang setiap bulan).
GWM Haval H6 HEV
Hadir dengan lima tahun servis percuma dan subsidi faedah RM3,000 dengan jumlah penjimatan hingga RM6,600.
GWM Ora 07
Ora 07 menawarkan penjimatan hingga RM25,000 seperti subsidi faedah, pengecas dinding (wallbox) percuma, lima tahun servis percuma dan dua tahun lanjutan waranti.
GWM Ora Good Cat
Penjimatan hingga RM20,000 seperti subsidi faedah, pengecas wallbox percuma dan lima tahun servis percuma.
Promosi Hari Guru
Sempena sambutan Hari Guru, GWM Malaysia menawarkan ganjaran penghargaan tambahan bernilai RM2,000 kepada guru yang membuat tempahan mana-mana model GWM sepanjang Mei ini.
Caranya, anda perlu melengkapkan pendaftaran kenderaan masing-masing selewat-lewatnya Jun 2025.
Semua model GWM juga didatangkan dengan pakej servis percuma lima tahun.
Leave a Reply