• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ini Kereta Lumba Aras Mula BMW M2 Racing Untuk Pasukan Pelanggan Persendirian

Ini Kereta Lumba Aras Mula BMW M2 Racing Untuk Pasukan Pelanggan Persendirian

May 3, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DUNIA perlumbaan kereta tidak pernah murah. Bukan sahaja perlu menyediakan kereta dan segala alat ganti, sesebuah pasukan sama ada kecil atau besar perlu mengambil kira kos logistik dan sumber manusia.

Penganjur perlumbaan sedar tentang kos yang tinggi dan dari semasa ke semasa melihat semula kepada peraturan perlumbaan supaya lebih adil kepada pelbagai pasukan.

Kempen ini turut menerima sokongan pengeluar yang membangunkan model yang diperlukan.

Terbaru BMW M Motorsport memperkenalkan model terbaharu mereka, BMW M2 Racing yang akan mula ditawarkan kepada pasukan pelanggan persendirian bermula musim 2026 semasa acara pembukaan DTM di Litar Oschersleben, Jerman.

Kereta ini berasaskan casis generasi semasa BMW M2 yang telah ditingkatkan dengan pelbagai komponen perlumbaan.

BMW M2 Racing adalah penyambung kepada model lumba M sebelum ini.

Franciscus van Meel, CEO BMW M GmbH berkata: "Dengan pengenalan BMW M2 Racing, kami meneruskan tradisi yang membanggakan. Seperti model terdahulu M235i Racing, M240i Racing dan M2 CS Racing, BMW M2 Racing yang baharu ini akan mendefinisikan semula segmen aras mula."

BMW M2 Racing menghasilkan 313 kuasa kuda (hp) dengan kelajuan maksimum melebihi 270 km/j.

Björn Lellmann, Ketua Customer Racing di BMW M Motorsport menjelaskan: "Dengan BMW M2 Racing, kami berjaya membawa model perlumbaan pelanggan aras mula ke litar yang menggabungkan keseronokan memandu, prestasi dan kawalan yang sangat intuitif."

Pembangunan kereta dilakukan melalui kerjasama rapat di antara BMW M Motorsport dan pakar dari pengeluaran siri. Pemandu profesional BMW M termasuk Jens Klingmann terlibat dalam ujian intensif untuk mengoptimumkan prestasi, kebolehpanduan, haus tayar dan perbatuan.

Klingmann berkata: "Pembeli BMW M2 Racing boleh menjangkakan kereta aras mula yang hebat, sangat mudah dikendalikan dengan kos operasi rendah tetapi tetap sebuah kereta lumba sepenuhnya dengan prestasi tinggi."

Bermula musim 2026, pasukan pelanggan BMW M Motorsport akan menggunakan BMW M2 Racing di seluruh dunia dalam pelbagai siri pecut kebangsaan dan antarabangsa serta acara ketahanan seperti 24 Hours of Nürburgring.

Seperti semua kenderaan pelanggan BMW M Motorsport, pakar BMW akan memberikan sokongan profesional kepada pelanggan BMW M2 Racing.

Adakah harga BMW M2 Racing ini berpatutan? Versi asas BMW M2 Racing berharga €98,000 (RM471,461) di EU. Angka ini layak untuk berada di dalam kategori berpatutan.

Kepada yang berminat, BMW M2 Racing diedarkan melalui pengedar terpilih BMW M Motorsport.

BMW M2 Racing 2026.01
BMW M2 Racing 2026.14
BMW M2 Racing 2026.13
BMW M2 Racing 2026.12
BMW M2 Racing 2026.11
BMW M2 Racing 2026.10
BMW M2 Racing 2026.09
BMW M2 Racing 2026.08
BMW M2 Racing 2026.07
BMW M2 Racing 2026.06
BMW M2 Racing 2026.05
BMW M2 Racing 2026.04
BMW M2 Racing 2026.03
BMW M2 Racing 2026.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, BMW M, BMW M2, BMW M2 Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev