• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rim Kahn Design RS Deep Concave Untuk SUV Premium Anda!

Rim Kahn Design RS Deep Concave Untuk SUV Premium Anda!

May 3, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) tulen atau pacuan empat roda memiliki dua watak. Karakter bersahaja di bandar dan belantara atau diubah suai dengan begitu mendalam.

SUV begini biasanya diwakili Land Rover Defender, Toyota Land Cruiser dan pelbagai lagi.

Di antara penala yang berjaya mengubah watak 4x4 tersebut ialah Kahn Design dari United Kingdom.

Kit badan kembang, rim besar dan warna gelap berjaya menaikkan sisi jahat atau lasak SUV. Selain kit badan, Kahn mempunyai sejumlah koleksi rim yang menarik, bukan sahaja untuk SUV tetapi juga kenderaan elektrik Tesla.

Terbaru Kahn memperkenalkan RS DC (Deep Concave), evolusi kepad siri rim RS yang ikonik.

Rekabentuk bilah rim RS jenis cekung dalam (concave) seperti trend hari ini namun dibuat dengan tebal dan tampil tersendiri.

Rim ini asalnya direka oleh Afzal Kahn sebagai "statement piece" untuk mengangkat 4x4 dan kenderaan berprestasi terpilih namun rim RS Light Alloy menjadi pilihan gayaan automotif moden.

Rim RS DC baharu meneruskan legasi tersebut dengan memperhalusi rekabentuk asal untuk memberi kesan visual yang lebih mendalam.

Ciri & Reka Bentuk

  • Perubahan kecil pada bentuk dan profil menjadikan penampilan lebih teknikal, sasa dan premium.
  • Kemasan Satin Black menambah sentuhan sofistikated, sesuai digabungkan dengan pelbagai warna badan dan pakej reka bentuk.
  • Direka mengikut falsafah OEM+ Kahn, RS DC bukan sekadar cantik,ia juga berprestasi tinggi. Sesuai digunakan di jalan bandar mahupun laluan lasak, gabungan gaya mewah dan ketahanan dunia sebenar.
  • Reka bentuk rim menyerlahkan kedudukan kereta (stance) serta-merta, dengan gaya yang menonjolkan keyakinan dan keupayaan tanpa berlebihan.
  • Ringan & Kukuh – Dibina menggunakan teknologi pembuatan roda terkini. Direka untuk tampil kuat dan ringan.
  • Direka supaya boleh dipasang penutup hab dan bolt OEM.

Rim Afzal RS DC untuk model berikut:

  • Land Rover Defender (L663)
  • Jeep Wrangler JL
  • INEOS
  • Toyota Land Cruiser 250/300 & Siri 70

Harga belum dinyatakan dan kebiasaannya rim Afzal berharga belasan ribu dan puluhan ribu ringgit.

Kahn Design RS Deep Concave Wheel.01
Kahn Design RS Deep Concave Wheel.02
Kahn Design RS Deep Concave Wheel.03
Kahn Design RS Deep Concave Wheel.05
Kahn Design RS Deep Concave Wheel.04
Kahn Design RS Deep Concave Wheel.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kahn, Kahn Design, Kahn Design RS Deep Concave, Kahn Design RS Deep Concave Wheel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev