BERITA baik! Setelah sekian lama menanti, sumber kami baru saja mengesahkan Yamaha NVX 155 bakal dilancarkan pada 11 Julai 2017.
Pihak media juga sudah menerima surat jemputan daripada pihak Yamaha Hong Leong Motor (HLYM) semalam.
Bagi mereka yang ternanti-nanti model skuter, inilah masa terbaik anda untuk dapatkan Yamaha NVX 155.
Pada Oktober tahun lalu, kehadiran Yamaha NVX 155 menggemparkan pasaran tempatan apabila membuat kemunculan pada acara MotoGP.
Ternyata kehadiran Yamaha NVX 155 pada tahun lalu membuatkan ramai peminat skuter tak senang duduk.
FOTO SPYSHOT
Sebelum ini, kami pernah menyiarkan beberapa foto spyshot Yamaha NVX 155. Bukan saja foto, PanduLaju turut menerima kiriman brosur Yamaha NVX 155.
Berdasarkan brosur yang kami terima, berikut adalah spesifikasi lengkap Yamaha NVX 155 untuk pasaran Malaysia;
- Lampu depan dan belakang LED dengan desain sporty, lebih terang dan tampil agresif.
- Rim 14 inci dengan rekaan khusus membantu menyerlahkan ciri sport NVX 155 yang dipadankan bersama tayar tubeless.
- Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25L yang boleh memuatkan dua helmet.
- Port mengecas yang diletakkan di ruang simpanan barang depan.
- Paparan skrin LCD 5.8 inci dengan rekaan moden dan penglihatan lebih cerah.
- Sistem Kunci Pintar yang didatangkan dengan sistem kunci elektronik pintar berserta fungsi lain antaranya membuka pelana, penutup minyak, posisi mengunci motor dan menghidupkan kunci.
- Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
- Tayar depan dilengkapi dengan ciri ABS.
BACA >>> Yamaha NVX 155 Buat Kejutan Di MotoGP Sepang - Bakal Masuk Malaysia Awal 2017
HARGA
Di Indonesia, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan tiga varian, iaitu standard (Rp21.85 juta/ RM7,210.50), Versi R (Rp23.75 juta/RM7, 837.50) dan varian tertinggi S (Rp26.15 juta/RM8,629.50). Persoalannya, berapa pula harga jualan NVX 155 di Malaysia?
Berdasarkan maklumat daripada sumber kami, Yamaha NVX 155 bakal dijual pada harga sekitar RM9,500.
Pastikan anda mengikuti perkembangan Yamaha NVX 155 di PanduLaju dan nantikan laporan penuh sebaik saja skuter ini dilancarkan pada 11 Julai depan.
BACA >>> Harga Yamaha NMAX Diumumkan - RM8,812
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
SPESIFIKASI
Jenis Enjin SOHC 4-lejang, penyejukan cecair
Silinder Tunggal
Sesaran 155 cc
Diameter & Lejang 58mm x 58.7 mm
Nisbah Mampatan 10.5: 1
Kuasa Max 11 kW (15 PS) @ 8000 rpm
Tork Max 13.8 Nm @ 6250 rpm
Sistem Penghidup Elektrik
Sistem Minyak Pancitan bahan api
Jenis Transmisi V-belt automatik
P x L x T (mm) 1,990mm X 700mm X 1, 125mm
Jarak Roda 1, 350mm
Berat 118 kg
Saiz Tangki 4.6L
RANGKA
Jenis Rangka Underbone
Suspensi Depan Fork after/ spring/ peredam hidraulik
Suspensi Belakang Spring penyerap hentak/peredam hidraulik
Tayar Depan 110/80-14M/C 53P
Tayar Belakang 140/70-14M/C 62P
Brek Depan Cakera 230mm
Brek Belakang Dram 130mm
Awie says
Moderators tumpangkan tanya HLY bila nak launch MT09 gan tracer ckd baru ni.....Kawasaki dh maju setapak dh dgn Z9....
bim marshall says
Ruang simpanan dan isi minyak tak ada gambar ke?
Boss WFU4801 says
Mohon HL Yamaha keluarkan semula RX-Z. Letak harga RM10k pun org sanggup beli. Tak pun buat khas RX-Z Limited Edition 10 ribu unit. Harga RM15k, esok jgk aku booking
AFFENDY OMAR says
MOHON HONG LEONG YAMAHA.KELUAR KAN SEMULA RXZ.LETAK HARGA 10K.PUN ORANG SANGGUP BELI