• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Jake Gagne, Pengganti Mendiang Nicky Hayden dalam WorldSBK, Juga Dari Amerika!

Inilah Jake Gagne, Pengganti Mendiang Nicky Hayden dalam WorldSBK, Juga Dari Amerika!

July 7, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


SELEPAS pemergian pelumba legenda, Nicky Hayden, rakan sepasukan, Stefan Bradl hanya berlumba solo dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Kini kehilangan dalam pasukan Red Bull Honda World Superbike itu bakal diisi Jake Gagne.

Apa yang menarik, seperti mendiang Nicky Hayden, Jake Gagne, 24, turut berasal dari Amerika Syarikat (AS). Lebih istimewa, debut pertama beliau dalam WorldSBK dengan jentera Honda CBR1000R Fireblade SP2 juga di AS.

Gagne dilahirkan dan dibesarkan Ramona, California dan kini bersaing dalam kejuaraan Superbike MotoAmerica sebagai pelumba untuk Genuine Broaster Chicken Honda CBR1000RR SP2 (Fireblade). Beliau mempunyai rekod perlumbaan cemerlang, antaranya pernah menjuarai Piala Red Bull Rookies semasa berusia 18 tahun pada 2010.

MAMPUKAH MENYINAR?

Juara MotoAmerica Superstock 1000 Championship 2015.
Juara MotoAmerica Superstock 1000 Championship 2015.
Aksi Jake Gagne dalam MotoAmerica.
Aksi Jake Gagne dalam MotoAmerica.
Juara Daytona Superbike Championship 2014.
Juara Daytona Superbike Championship 2014.

Beliau kemudian bertanding dalam Kejuaraan CEV Moto2 selama setahun sebelum kembali ke AS pada tahun berikutnya dan menjuarai pula Daytona SportBike Championship (2014) serta sekali lagi bergelar juara dalam MotoAmerica Superstock 1000 Championship (2015).

Berikut kenyataan Gagne apabila terpilih sebagai pelumba menggantikan Hayden dengan debut di Litar Laguna Seca;

Ini ibarat mimpi jadi kenyataan, dan penghormatan besar untuk dapat peluang bersaing dalam WorldSBK dengan pasukan hebat. Ini peluang keemasan dan saya akan lakukan sedaya mungkin dan terbaik."

"Litar Laguna Seca ialah lokasi istimewa. Saya berbangga dapat berlumba di hadapan penonton tempatan dan mempamerkan kemampuan saya. Ini padanan sempurna kerana saya juga bakal menunggang motosikal Honda, dan Red Bull sebagai penaja memandangkan mereka menyokong saya sepanjang karier dalam bidang ini.

"Terima kasih kepada Honda, Red Bull dan Ten Kate atas peluang ini. Tidak dilupakan juga Broaster, RoadRace Factory dan semua ahli pasukan dalam mengejar mimpi ini."

JAKE GAGNE
JAKE GAGNE
Red Bull Honda World Superbike Team 2017
STEFAN BRADL
HONDA CBR1000RR FIREBLADE SP2
HONDA CBR1000RR FIREBLADE SP2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, Honda CBR1000RR SP2 Fireblade, Honda WorldSBK, Jake Gagne, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Nicky Hayden, permotoran, Red Bull Honda World Superbike Team, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev