• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: Chery Tiggo 4 HEV dengan Sistem CSH, Masuk Malaysia Bulan Depan?

#AutoShanghai2025: Chery Tiggo 4 HEV dengan Sistem CSH, Masuk Malaysia Bulan Depan?

April 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY mengorak langkah dalam penawaran kenderaan mesra alam apabila mengesahkan kehadiran Chery Tiggo 4 HEV yang bakal dikenali di pasaran Malaysia sebagai Chery Tiggo Cross HEV menjelang Malaysia Autoshow 2025.

Sama seperti adik-beradik Tiggo lain, tekologi baharu seperti Sistem Hibrid Chery (Chery Hybrid System, CHS) bakal menjadi asas kepada Tiggo Cross HEV.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-A itu menampilkan sistem hibrid penuh dan bukan lagi hibrid ringan (MHEV) seperti beberapa model terdahulu dengan menggunakan trenkuasa hibrid generasi baharu Chery yang direka untuk pemanduan lebih efisien dan mesra alam.

Berikut perincian dan spesifikasi Chery Tiggo 4 HEV:

Trenkuasa

  • Dijana enjin kitaran Atkinson G4G15B 4-silinder aspirasi natural (NA) 1.5L
  • Menghasilkan output kuasa 97hp dan tork 118Nm
  • Menggunakan dwi-motor elektrik dan dipadankan transmisi DHT150 (e-CVT khas untuk sistem hibrid)
  • Output motor 201hp dan tork 310Nm
  • Kapasiti bateri 1.83kWh dalam sistem hibrid penuh, bukan hibrid plug-in (PHEV)
  • Anggaran penggunaan bahan api 5.4 liter per 100km
  • Jarak perjalanan mampu mencecah 1,000km

Rekabentuk

Chery Tiggo Cross HEV dibina berasaskan model facelift terkini Tiggo 4, pernah ditayangkan tahun lalu yang berkongsi saiz hampir sama seperti Perodua Ativa dan Honda WR-V, sekali gus menjadikan pesaing langsung dalam segmen SUV segmen-A.

Luaran

chery-tiggo-cross-hev-10
chery-tiggo-cross-hev-8
chery-tiggo-cross-hev-9
  • Gril depan bentuk berlian
  • Lampu depan LED tipis
  • Lampu siang (DRL) jenis tegak
  • Rim aloi dwi-tona 17 inci
  • Rekaan belakang menampilkan identiti Tiggo moden

Dalaman

  • Unit infotainmen skrin sentuh 10.25 inci
  • Kluster instrumen digital
  • Material kerusi kulit sintetik
  • Rekabentuk ergonomik moden

Keselamatan

  • Ada 6 beg udara
  • Ada Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Cakera (ABS), dan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Traksi (TC)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kamera undur dan sensor parkir belakang

Walaupun maklumat awal menunjukkan pelancaran rasmi akan dibuat Mei 2025 (bulan depan), tetapi wakil Chery Malaysia menjelaskan Chery Tiggo Cross HEV hanya melakukan previu di pameran Malaysia AutoShow 2025, manakala pelancaran sebenar dijangka menyusul kemudian.

Tiada harga rasmi diumumkan setakat ini, tetapi memandangkan kedudukan dalam segmen SUV mini hibrid, Chery Tiggo Cross HEV dijangka dalam julat bawah RM100,000, tetapi bergantung spesifikasi akhir.

chery-tiggo-cross-hev-3
chery-tiggo-cross-hev-2
chery-tiggo-cross-hev-1
chery-tiggo-cross-hev-4
chery-tiggo-cross-hev-34
chery-tiggo-cross-hev-5
chery-tiggo-cross-hev-6
chery-tiggo-cross-hev-7
chery-tiggo-cross-hev-8
chery-tiggo-cross-hev-9
chery-tiggo-cross-hev-10
chery-tiggo-cross-hev-12
chery-tiggo-cross-hev-13
chery-tiggo-cross-hev-25
chery-tiggo-cross-hev-26
chery-tiggo-cross-hev-27
chery-tiggo-cross-hev-28
chery-tiggo-cross-hev-29
chery-tiggo-cross-hev-30
chery-tiggo-cross-hev-31
chery-tiggo-cross-hev-32
chery-tiggo-cross-hev-33
chery-tiggo-cross-hev-11
chery-tiggo-cross-hev-14
chery-tiggo-cross-hev-15
chery-tiggo-cross-hev-16
chery-tiggo-cross-hev-17
chery-tiggo-cross-hev-18
chery-tiggo-cross-hev-19
chery-tiggo-cross-hev-20
chery-tiggo-cross-hev-21
chery-tiggo-cross-hev-22
chery-tiggo-cross-hev-23
chery-tiggo-cross-hev-24

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Auto Terkini, Chery, Chery Malaysia, Chery Tiggo Cross, Kenderaan Elektrik Sukan (SUV), SUV Hibrid Segmen-A, SUV Segmen-A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev