• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Continental Hasilkan Audio Kereta Tanpa Pembesar Suara Guna Getaran Permukaan Kabin

Continental Hasilkan Audio Kereta Tanpa Pembesar Suara Guna Getaran Permukaan Kabin

July 6, 2017 By Azhan O 1 Comment

423
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT pengeluar tayar, Continental membangunkan audio kereta tanpa pembesar suara pertama yang menggunakan permukaan seperti papan pemuka, kerusi dan bumbung untuk memainkan muzik dan bunyi.

Pasukan jurutera Continental mendapati permukaan dalaman kereta ssedia ada dapat digunakan untuk menjana bunyi dan kini sudah membangunkan kereta tanpa pembesar pertama di dunia. Teknologi baharu itu dikatakan lebih murah dan mampu membantu pengeluar automobil mengurangkan berat kereta dan menambah baik aspek kecekapan bahan api kenderaan.

BACA >>> Volkswagen Tawar Pakej 'Sound & Style' dengan Aksesori Bunyi, Kemasan Istimewa


Continental menggantikan pembesar suara konvensional pada sebuah Mercedes C-Class standard dengan aktuator bunyi yang menghasilkan bunyi menerusi getaran permukaan berbeza dalam kenderaan.

Aktuator bunyi terdiri daripada magnet dan koil yang bergetar, tetapi di sebalik membran berayun yang ada pada sistem pembesar suara konvensional, bunyi pada sistem tanpa pembesar suara dipindahkan sepanjang permukaan kenderaan. Kesannya, keseluruhan kereta boleh berfungsi sebagai pembesar suara dengan pelbagai permukaan memindahkan bunyi.

Pengarah di Perkhidmatan Kejuruteraan Continental, Dimitrios Patsouras berkata, komponen kereta yang berbeza adalah sangat sesuai dengan frekuensi bunyi berbeza.

"Pilar-A sesuai untuk frekuensi tinggi, manakala panel pintu ada ciri yang tepat untuk menjana frekuensi medium. Panel bumbung pula akan berfungsi sebagai tambahan kepada subwufer sedia ada," katanya.

BACA >>> 5 Ciri Istimewa Tayar Continental UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6

LEBIH RINGAN, JIMAT BAHAN API

Menurut Continental, teknologi tersebut ialah 90 peratus lebih ringan berbanding sistem pembesar suara masa kini dan akan membantu pengeluar mengurangkan berat, sekali gus menjadikan penggunaan bahan api kenderaan lebih menjimatkan. Sistem tanpa pembesar suara juga kurang penggunaan tenaga elektrik, termasuk memberikan bunyi 3D yang lebih natural.

Walaupun sudah siap menghasilkan prototaip teknologi berkenaan, tetapi Continental berpendapat rekacipta itu masih jauh untuk dibawa ke pasaran arus perdana.

SUMBER: Continental

Related

423
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aktuator bunyi, autotainment, Continental, sistem kereta tanpa pembesar suara, stereo kereta tanpa pembesar suara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev