• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: Chery Tiggo 9 CHS PHEV Akan Jadi Jaecoo J8 Baharu di Malaysia?

#AutoShanghai2025: Chery Tiggo 9 CHS PHEV Akan Jadi Jaecoo J8 Baharu di Malaysia?

April 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


Selain Tiggo 8 dan Tiggo 7, Chery juga melengkapkan Sistem Hybrid Chery (Chery Hybrid System, CHS) untuk Chery Tiggo 9 di pameran Auto Shanghai 2025.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini menawarkan gabungan prestasi tinggi, kecekapan bahan api, dan teknologi canggih dalam satu pakej mewah. Model ini dijana enjin petrol 2.0L turbo yang menghasilkan output kuasa 238ps dan tork 385Nm.

Sama seperti model Tiggo lain, Chery Tiggo 9 CHS PHEV juga dipadankan transmisi hibrid khusus Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang memberikan kuasa tambahan 224hp daripada motor elektrik dengan output kuasa gabungan 381hp dan tork 610Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 8.8 saat.

Jarak pemanduan gabungan enjin petrol dan motor elektrik mampu mencapai jarak perjalanan lebih 1,400km (mengikut ujian CLTC), sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai masalah kehabisan bahan api.

Rekabentuk luaran Chery Tiggo 9 CHS PHEV menampilkan gril oktagon menonjol, garis badan dinamik, dan rim multispoke 20 inci yang mencerminkan konsep 'Conguer' dan 'Guard'.

Ruang kabin dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh definisi tinggi (HD) 15.6 inci, konsol multifungsi yang disepadu, dan kerusi dengan kemasan jahitan 3D untuk keselesaan maksimum.

Jika dilancarkan di Malaysia kelas, model ini kemungkinan dipasarkan sebagai Jaecoo J8 versi facelift untuk pasaran tempatan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Auto Terkini, Chery, Chery Tiggo 9 CHS PHEV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my