• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Navara (2017) Dilancarkan di China, Harga Bermula RM88,519

Nissan Navara (2017) Dilancarkan di China, Harga Bermula RM88,519

July 3, 2017 By Han Othman Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHINA ialah lubuk duit bagi pengeluar automobil antarabangsa, jadi mana-mana pengeluar pun memang sukar menahan diri daripada mencuba pasaran gergasi ekonomi nombor dua dunia itu. Dan Nissan adalah salah satu pengeluar tersebut.

Nissan semalam melancarkan Navara baharu untuk pasaran China yang bukan saja menyasarkan pelanggan kenderaan komersil, tetapi juga persendirian atau orang biasa.

Trak pikap itu, berasaskan generasi ketiga dan melakukan debut di Pameran Motor Antarabangsa Shanghai 2017, dihasilkan dengan kerjasama Zhengzhou Nissan dan akan dijual pada harga bermula 139,800 yuan (RM88,519).

8 VARIAN, TIGA TRANSMISI

Ada lapan varian ditawarkan dengan sistem pacuan 2-roda (2WD) atau 4-roda (4WD), dan tiga pilihan transmisi, iaitu 5, 6 dan 7-kelajuan. Enjin digunakan berkapasiti 2.5L berkuasa 181hp dan tork 251Nm.

Tiada perincian lanjut didedahkan Nissan setakat ini, di mana setiap varian direka khas untuk pasaran China dengan karakter tersendiri seperti gril V-motion, lampu depan LED, ruang dalaman luas, dan penyaman udara automatik.

"Nissan Navara ialah kejayaan yang terbukti dalam pasaran seluruh dunia dan kini bersedia menetapkan standard baru pikap di China.," kata Naib Presiden Kanan Kenderaan Komersil Ringan Nissan, Ashwani Gupta.

GALERI

nissan-navara-china-2017-5
nissan-navara-china-2017-8
nissan-navara-china-2017-1
nissan-navara-china-2017-7
nissan-navara-china-2017-6
nissan-navara-china-2017-2
nissan-navara-china-2017-3
nissan-navara-china-2017-4

SUMBER: Car Scoops

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan Navara, Nissan Navara (2017), Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev