• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tapak Arkeologi Liangzhu Pun Penuh EV, China Pantas Menuju Mobiliti Hijau

Tapak Arkeologi Liangzhu Pun Penuh EV, China Pantas Menuju Mobiliti Hijau

April 28, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA ingin melihat sejauh mana penggunaan kenderaan elektrik (EV) di China, kunjungan kami ke Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou sudah cukup membuka mata.

Di sini, ruang parkir dipenuhi deretan pelbagai jenama EV dan model hibrid plug-in (PHEV), sekali gus memperlihatkan betapa pantasnya transformasi mobiliti hijau di negara ini.

Kenapa EV Semakin Mendominasi China?

Sekali pandang, hampir keseluruhan kenderaan yang diparkir menggunakan plat hijau, iaitu tanda kenderaan tenaga baharu (NEV) di China. Model-model popular seperti Tesla, BYD, Zeekr, NIO, dan Xpeng memenuhi parkir, selain kehadiran model kompak seperti Wuling Mini EV yang menjadi pilihan pengguna urban.

China kini mengukuhkan kedudukan sebagai pasaran EV terbesar dunia dengan jualan melebihi lapan juta unit setahun.

Teknologi Pengecasan EV di China

Kenderaan EV memenuhi ruang parkir di Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China

Infrastruktur pengecasan juga dibangunkan secara agresif, sekali gus membolehkan pengguna EV menikmati kemudahan pengecasan di hampir setiap lokasi, termasuk kawasan warisan bersejarah seperti Liangzhu ini.

Sebagai makluman, Liangzhu ialah tapak tamadun purba yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO), berusia lebih 5,000 tahun. Ironinya, walaupun menyimpan sejarah kuno, pengurusan tapak ini cukup komited terhadap penggunaan teknologi hijau, sejajar dengan misi negara mencapai neutral karbon.

Kemudahan Parkir dan Infrastuktur Mesra EV

Kawasan parkir dengan pengecas EV di Hangzhou, China

Faktor utama kejayaan besar ini termasuk dasar Kerajaan Komunis China yang memberi insentif tinggi kepada pembeli EV, inovasi pesat pengeluar tempatan seperti Geely, BYD, dan SAIC, serta kesedaran rakyat terhadap kepentingan mobiliti hijau untuk masa depan.

Suasana parkir di Liangzhu juga cukup berbeza dengan suasana tenang tanpa deruman enjin, membuktikan EV bukan saja mengurangkan pelepasan karbon, malah mengubah keseluruhan pengalaman mobiliti menjadi lebih lestari.

Dasar Mobiliti Hijau China Dorong Penggunaan EV

Keseluruhannya, apa yang dilihat di Liangzhu adalah gambaran masa depan industri automotif dunia yang mana China sudah jauh meninggalkan penggunaan enjin pembakaran dalaman (ICE), dan kini mendominasi peralihan global ke arah penggunaan EV sepenuhnya.

Kerajaan China aktif melaksanakan dasar peralihan kepada tenaga hijau dalam sektor automotif, industri, dan pengangkutan awam. Ini termasuk memperkenalkan kuota minimum EV dalam jualan automotif tahunan untuk pengeluar.

Kepentingan Plat Hijau dan Polisi Emisi

Salah sebuah EV di kawasan parkir Tapak Arkeologi Liangzhu
Plat hijau sangat mudah diilihat di bandar Hangzhou, China

Kenderaan EV di China diberikan plat khas berwarna hijau, membolehkan mereka menikmati keistimewaan seperti pengecualian sekatan lalu lintas dan rebat bayaran tol. Polisi emisi ketat di bandar utama juga mempercepat  peralihan pengguna daripada kenderaan ICE kepada EV.

Dengan perkembangan pesat ini, tidak hairanlah parkir di Liangzhu dipenuhi EV. Ini menjadi simbol betapa serius dan majunya China dalam memacu revolusi mobiliti hijau dunia.

Malaysia juga sedang menuju arah sama, tetapi untuk mengejar momentum tersebut, pelbagai usaha perlu dipergiatkan, termasuk memperluaskan rangkaian pengecasan, menawarkan harga EV lebih kompetitif, dan memperkenalkan lebih banyak insentif pengguna.

Apa pandangan anda? Sanggupkah Malaysia bergerak secepat China dalam dunia EV? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Kenderaan EV memenuhi ruang parkir di Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Kenderaan EV memenuhi ruang parkir di Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Stesen Pengecas EV banyak disediakan di parkir awam
EV sangat mudah diilihat di bandar Hangzhou, China
Stesen Pengecas EV banyak disediakan di parkir awam
Cuma basikal kayuh dan EV dibenarkan berada dalam kawasan Tapak Arkeologi Liangzh
Salah sebuah EV di kawasan parkir Tapak Arkeologi Liangzhu
Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Kawasan parkir dengan pengecas EV di Hangzhou, China
parkir-ev-di-hangzhou-2
Plat hijau sangat mudah diilihat di bandar Hangzhou, China
Plat hijau sangat mudah diilihat di bandar Hangzhou, China
Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China
Penulis di Tapak Arkeologi Liangzhu di Hangzhou, China

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Tapak Arkeologi Liangzhu, Trip Auto Shanghai 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev