• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: SUV Konsep Mewah Jetour G900 Debut yang Boleh Berenang, Tork 18,000Nm!

#AutoShanghai2025: SUV Konsep Mewah Jetour G900 Debut yang Boleh Berenang, Tork 18,000Nm!

April 28, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PAMERAN Auto Shanghai 2025 menjadi pentas penampilan model konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Jetour G900 yang ditayangkan di belakang varian G700.

SUV mewah Jetour G900 dihasilkan dengan menggunakan arkitektur GAIA (Generation of All-Terrain Intelligent Architecture) iaitu platform kenderaan hibrid off-road generasi baharu yang menggabungkan kuasa dan teknologi pintar untuk memenuhi keperluan eksplorasi moden.

GAIA bukan platform biasa, tetapi menggabungkan dua sistem kuasa termaju. Pertama, Sistem Hibrid Super iDM-O yang mengoptimum kecekapan tinggi untuk off-road menerusi hantaran kuasa tinggi sambil mengekalkan kecekapan penggunaan bahan api.

Kedua, Sistem Lanjutan Jarak Amfibia iEM-O menawarkan fungsi pendorongan tahap kereta kebal dengan tork roda hingga 18,000Nm dan daya tolakan 2,500N untuk membolehkan pemanduan lancar atas bumi dan dalam air.

Menerusi casis off-road GAIA, SUV mewah itu mempunyai kelebihan untuk melaraskan jarak travel suspensi hingga 150mm yang membolehkan jarak bumi G900 dipertingkat hingga 350mm!

Selain itu, Jetour G900 memiliki kebolehan membuat pusingan seperti kereta kebal (tank-turn), pergerakan sisi (crab walk mode) dan 'berenang' berikutan dilengkapi fungsi gred marin.

Jetour G900 dilengkapi empat unit motor elektrik pada setiap satu roda, gred navigasi marin dan dilengkapi kabin oksigen pintar, kokpit pintar serta sambungan berterusan. Butiran mengenai spesifikasinya masih belum didedahkan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: #autoshanghai2025, #JETOURtogetherforfuture, #shanghaiautoshow2025, Auto Shanghai 2025, JETOUR G900, Roda4, Sistem Hibrid Super iDM-O, Sistem Lanjutan Jarak Amfibia iEM-O, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my