• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / China Perketat Peraturan Bateri EV Mula 2026

China Perketat Peraturan Bateri EV Mula 2026

April 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHINA bakal memperkenalkan peraturan baharu dan lebih ketat terhadap keselamatan bateri kenderaan elektrik (EV) dan hibrid plug-in (PHEV) bermula Julai 2026.

Langkah itu diambil bagi menangani risiko kebakaran dan letupan, sejajar pertumbuhan pesat sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) negara itu.

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China mengumumkan piawaian teknikal baharu yang mewajibkan ujian lebih ketat, termasuk memastikan bateri tidak terbakar atau meletup dalam tempoh tertentu ketika ujian.

Standard baharu itu menggantikan versi lama dari 2020 yang hanya mensyaratkan pemberitahuan lima minit sebelum kebakaran berlaku.

Selain ujian tahan api, peraturan baharu turut memperkenalkan ujian perlanggaran dan daya tahan terhadap pengecasan pantas. Langkah berkenaan mensasarkan keselamatan menyeluruh kepada pengguna dan harta benda sekeliling, terutama bagi menangani fenomena 'pelarian haba' (thermal runaway) yang menjadi punca utama kebakaran bateri EV.

Jualan NEV di China kini melebihi kenderaan petrol sejak tahun lalu, jauh mengatasi sasaran awal pemerintah Republik itu. Namun, insiden tular melibatkan kebakaran EV seperti kes SUV Xiaomi SU7 yang terbakar dalam satu kemalangan Mac lalu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan sistem pemanduan pintar dan EV secara umum.

Justeru media China menyeru pengeluar supaya tidak membesar-besarkan keupayaan pemanduan autonomi. Peraturan baharu tersebut dijangka memberi tekanan kepada pengeluar untuk lebih telus dan bertanggungjawab, sekali gus memperkukuh keyakinan pengguna terhadap masa depan mobiliti elektrik negara itu.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, China, Kenderaan Elektrik (EV), Peraturan Bateri EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev