• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Pulsar NS160 Lancar di India, harga ₹80,648 (RM5,359)

Bajaj Pulsar NS160 Lancar di India, harga ₹80,648 (RM5,359)

July 4, 2017 By Admin PanduLaju 2 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ Auto Ltd memperkenalkan model Pulsar NS160 di pasaran India. Berdasarkan penampilan, model berkenaan seakan menggabungkan rekaan naked sport dan streetfighter yang juga diambil daripada model famili Pulsar lain.

Barisan Bajaj Pulsar di India bermula dengan model Pulsar 135, diikuti Pulsar 150, Pulsar 180, Pulsar NS200 dan Pulsar 220. Pastinya kehadiran Pulsar NS160 akan mengisi ruang kosong antara Pulsar 150 dan Pulsar 180, sekali gus menambah pilihan produk Bajaj Pulsar di negara Asia Selatan itu.

BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj - Harga Pula 'Tak Masuk Akal', Bermula RM5,989!

Dimensi jentera itu, yang direka buat anak muda dan pencinta motosikal dinamik, adalah persis model NS200 yang baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia. Pulsar NS160 dipadankan enjin bersesaran 160.3cc dengan penyejukan minyak yang berupaya menghasilkan kuasa 15.4hp pada 8,500rpm dan tork maksimum, 14.6Nm pada 6,500rpm.

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan, manakala sistem brek ialah jenis cakera 240mm di depan, dan brek dram 130mm di belakang. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada tayar bersaiz 80/100 (depan) dan  110/80 (belakang) yang kedua-duanya dilengkapkan dengan rim 17-inci.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

MUNGKIN MASUK MALAYSIA?

Kehadiran Pulsar NS160 di India dijangka memberikan saingan kepada Honda CB Hornet 160R, Suzuki Gixxer dan Yamaha FZ-S. Harga Pulsar NS160 ialah ₹80,648 (RM5,359).

Pasti menarik, jika model itu turut dibawa masuk ke pasaran Malaysia nanti. Apakah Modenas bakal mempertimbangkan kemasukan Pulsar NS160 selepas NS200 dan RS200? Tambahan lagi, dua produk Pulsar itu khabarnya sangat laku keras selepas diperkenalkan ke pasaran tempatan sejak dua bulan lalu.  Sama-sama kita nantikan.

GALERI

bajaj pulsar (1)
bajaj pulsar (2)
bajaj pulsar (1)
bajaj-pulsar-ns160-i

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bajaj, Bajaj Pulsar, Bajaj Pulsar NS160, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev