• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM Malaysia Buka Tempahan TANK 500, Anggaran Harga Bawah RM350k!

GWM Malaysia Buka Tempahan TANK 500, Anggaran Harga Bawah RM350k!

April 14, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GWM Malaysia membuka tempahan awal untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium GWM TANK 500 HEV pada anggaran harga bawah RM350,000!

Tempahan boleh dilakukan menerusi 14 pengedar GWM terpilih seluruh negara. Model itu dikatakan menyusuli kejayaan GWM TANK 300 dan model terbaharu TANK 500 HEV menjanjikan gabungan kembara, kemewahan dan teknologi canggih.

SUV mewah off-road 7-kerusi itu bercirikan rekabentuk moden dengan dimensi panjang 5,078mm, lebar 1,934mm dan tinggi 1,905mm. Ada tiga warna pilihaniaitu Crystal Gray (kelabu), Hamilton White (putih) dan Sun Black (hitam).

Model itu menggunakan enjin hibrid 4-silinder turbo 2.0L dengan padanan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan, manakala output kuasa 341hp (255kW) dan tork 648Nm.

Antara ciri menarik TANK, SUV itu dilengkapi sistem pintar untuk semua jenis permukaan dengan 11 mod pandu, boleh melakukan gerakan TANK Turn dan kawalan jelajah off-road. Tambahan lain ialah sistem 4WD pintar dengan M-Lock, paparan casis lut sinar dan bantuan pemanduan L2+.

Ruang kabin nampak premium dengan kemasan kulit Nappa, sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik dan kerusi depan dengan fungsi urut dan ventilasi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GWM Malaysia, GWM Tank 500, Roda4, Tempahan GWM TANK 500

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev