• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki GSX-8R Kiiro Limited Edition, Hanya 60 Unit Untuk UK!

Suzuki GSX-8R Kiiro Limited Edition, Hanya 60 Unit Untuk UK!

April 12, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SUZUKI GSX-8S mempunyai kembar versi fairing iaitu GSX-8R, yang dilancarkan untuk pasaran tempatan pada Mei 2024. Harganya? RM53,800.

Kini, di pasaran United Kingdom (UK), muncul pula GSX-8R Kiiro Limited Edition dan hanya 60 unit sahaja dihasilkan.

Penampilannya sangat menyerlah menerusi warna kuning terang dengan logo hitam, roda kelabu, subrangka aluminium kelabu, serta beberapa aksesori tambahan daripada katalog rasmi aksesori Suzuki.

Skema warna kuning dan hitam ini cukup menarik perhatian, mengingatkan kepada Harimau Malaya dan model Proton R3.

Faktanya Kiiro merujuk kepada warna badan kuning, dan edisi terhad ini turut hadir dengan kelengkapan berikut:

  • Penutup pelana tunggal
  • Skrin gelap
  • Tuas brek dan klac aluminium billet Gilles
  • Pad tangki
  • Pelana dua tona dengan logo GSX

GSX-8R dikuasakan enjin 776cc dengan output 82.9 ps dan tork 78Nm.

Enjin ini dipasang dalam casis yang menggunakan rangka utama keluli dan subrangka aluminium yang berasingan. Sistem suspensi depan dan belakang dibekalkan oleh Showa.

Ciri elektronik termasuk penukar gear cepat dua arah (bi-directional quickshifter), mod kuasa dan kawalan traksi yang boleh dipilih, dengan semua maklumat dipaparkan melalui paparan TFT berwarna.

Di UK, GSX-8R Edisi Kiiro dijual pada harga £9,599 (anggaran RM55,475).

Spesifikasi

Ukuran:

  • 2155 mm panjang, 770 mm lebar, 1135 mm tinggi.
  • Ketinggian Jarak Tanah: 145 mm (5.7 in)
  • Jarak Roda: 1465 mm (57.7 in)
  • Berat (Kerb): 205 kg
  • Ketinggian Pelana: 810 mm (31.9 in)
  • Kapasiti Tangki Minyak: 14.0L

Spesifikasi Enjin:

  • Jenis: 4-lejang, 2-silinder, penyejukan cecair, DOHC
  • Kapasiti: 776cc
  • Transmisi: 6-kelajuan
  • Gerek & Lejang: 84.0 x 70.0 mm (3.3 in x 2.8 in)
  • Kuasa: 82.9 ps, 78Nm
  • Nisbah Pemampatan: 12.8 : 1
  • Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api

Suspensi:

  • Depan: Teleskopik terbalik
  • Belakang: Jenis pautan

Brek:

  • Depan: Cakera berkembar
  • Belakang: Cakera tunggal

Tayar:

  • Depan: 120/70ZR17M/C (58W)
  • Belakang: 180/55ZR17M/C (73W)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Suzuki, Suzuki GSX-8R, Suzuki GSX-8R Kiiro, Suzuki GSX-8R Kiiro Limited Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my