• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Komponen Rosak Kini Dibaik Pulih Porsche Sebagai Sebahagian Ekonomi Kitaran

Komponen Rosak Kini Dibaik Pulih Porsche Sebagai Sebahagian Ekonomi Kitaran

April 12, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SEJAK berdekad lalu, pengguna tempatan mengamalkan 'Ekonomi Kitaran' (Circular Economy) dengan menggunakan alat ganti terpakai. Stok alat ganti terpakai begitu mudah diperoleh dari kedai potong atau half cut. Jika ada yang risau tentang keselamatan barangan mekanikal, anda masih boleh mendapatkan komponen terpakai lain seperti pintu, kerusi dan pelbagai lagi.

Menggunakan semula barang terpakai bermakna sumber baharu seperti besi, pelepasan emisi dan sebagainya dapat dijimatkan. Bayangkan berapa banyak proses terlibat untuk mengeluarkan panel pintu baharu.

Pengeluar kenderaan ternama kini menekankan kepada 'Ekonomi Kitaran' dan contoh itu boleh dilihat pada Porsche. Dengan pendekatan pengilangan semula (remanufacturing), komponen kenderaan rosak akan dibaik pulih menjadi alat ganti yang berfungsi, supaya fungsionaliti semula dapat diambil kira sejak pembangunan awal sesebuah kenderaan.

Menerusi projek rintis rentas jabatan, Porsche mahu memperluas lagi proses sedia ada dalam bidang membaik pulih komponen rosak daripada kenderaan Porsche yang menyumbang kepada kelestarian.

porsche-logo
Logo Porsche - Pandulajudotcom

Dengan membaik pulih komponen rosak menjadi alat ganti berfungsi seperti baharu, itu dapat membantu menjimatkan sumber sepanjang kitaran hayat produk.

Pengilangan semula akan disepadukan ke dalam proses pembangunan projek kenderaan Porsche supaya keperluan khusus untuk kebolehgunaan semula komponen tertentu dapat diambil kira seawal proses pembangunan produk.

Komponen dibaik pulih sudah digunakan dalam projek kenderaan terdahulu dan semasa

Dengan cara tersebut, Porsche bukan saja ingin memajukan konsep kitaran tertutup sepanjang rantaian nilai kenderaannya, tetapi turut menyumbang kepada penggunaan alat ganti yang menjimatkan sumber.

  • Komponen rosak terpilih daripada pelbagai siri model kenderaan kini sedang diberi nafas baharu melalui pengilangan semula yang disasarkan.
  • Sekitar 20 kumpulan komponen sedang dibaik pulih masa ini melibatkan kotak gear, komputer navigasi, penghidup (starter), dan alternator.
  • Komponen yang dibaik pulih mesti memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan sama seperti alat ganti baharu yang sebanding.
  • Pengedar seluruh dunia akan membuat permintaan khusus untuk komponen rosak yang mempunyai proses baik pulih dan disimpan secara berpusat di gudang alat ganti Porsche di Sachsenheim.
  • Komponen akan dihantar ke loji pengilangan semula khusus dan kebiasaannya pengeluar asal komponen tersebut.
  • Di kilang, komponen akan melalui proses pembersihan teliti, pembongkaran dan ujian menyeluruh.
  • Bahagian yang tidak boleh digunakan lagi akan diganti alat ganti baharu.
  • Bahagian yang masih berfungsi akan digunakan semula.
  • Selepas dipasang semula secara profesional, komponen yang sudah dibaik pulih akan menjalani ujian kualiti dan keselamatan sama seperti alat ganti baharu.
  • Komponen yang sudah dibaik pulih akan ditawarkan semula kepada pengedar Porsche.

Pengilangan Semula Bakal Jadi Sebahagian Pembangunan Kenderaan Porsche

Kilang Porsche di Sachsenheim, Jerman.

Porsche sedang berusaha berterusan meningkatkan jumlah komponen kenderaan yang sesuai untuk pengilangan semula. Komponen tambahan yang mempunyai potensi besar untuk proses pengilangan kini sudah dikenal pasti. Ini termasuk komponen seperti lampu utama, pemacu elektrik untuk spoiler belakang, penutup pengecas dan unit kawalan elektronik lain.

Berdasarkan kejayaan terdahulu, Porsche kini sedang mengorak langkah menyepadu proses baik pulih komponen secara tetap ke dalam proses pembangunan kenderaan.

Mengikut rancangan adalah untuk memasukkan pengilangan semula sebagai elemen tetap dalam pembangunan kenderaan pada peringkat jangka pertengahan. Selain itu, alat ganti yang sudah dibaik pulih akan tersedia untuk pengedar Porsche pada peringkat lebih awal dalam kitaran hayat kenderaan.

Dengan pendekatan tersebut, Porsche bukan saja berhasrat memanjangkan jangka hayat perkhidmatan kenderaan dan komponen, tetapi juga menyumbang kepada pengurangan impak alam sekitar sepanjang kitaran hayat kenderaan dari pengambilan bahan mentah hingga akhir hayat produk.

Unjuran awal menunjukkan proses pengilangan semula komponen terpakai boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau hingga separuh berbanding pengeluaran alat ganti baharu. Tambahan pula, penjimatan bahan mentah hingga 80 peratus boleh dicapai berbanding alat ganti baharu setara.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Porsche, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev