• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Trak dan Lori / Mitsubishi Triton 2025 Diperkenal di Jepun dengan Perubahan Kecil Tanpa Kosmetik

Mitsubishi Triton 2025 Diperkenal di Jepun dengan Perubahan Kecil Tanpa Kosmetik

April 11, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

MITSUBISHI Triton mempunyai sejarah panjang yang boleh dijejaki pada trak pikap Forte yang dilancar pada 1978. Sejak lebih 45 tahun lalu dengan merentasi lima generasi, jualan Triton sudah mencecah kira-kira 5.7 juta unit sekitar 150 negara serata dunia.

Mitsubishi Triton 2025 generasi kelima dilancarkan di Bangkok, Thailand pada Julai 2023 dan sudah memasuki pasaran tempatan pada Oktober 2024.

Rekabentuk Triton baharu berbeza daripada sebelum ini dan diperakui industri apabila memenangi kategori Rekabentuk Terbaik (Design Car of the Year) dalam anugerah Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2024-2025. Ini kemenangan rekabentuk kedua selepas Triton memenangi Anugerah Rekabentuk iF bersama Xforce.

Walaupun masih baharu, Mitsubishi memperkenalkan Triton 2025 di Jepun dengan beberapa perubahan tanpa melibatkan kosmetik.

Triton GLS
Triton GSR

Perubahan tersebut melibatkan:

  • Sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang membantu mengekalkan jarak dengan kenderaan depan (berdasarkan halaju ditetapkan) kini boleh diaktifkan pada kelajuan serendah 0kmj (berhenti).
  • Ini membolehkan pemandu berhenti dalam kesesakan tanpa perlu mengawal kelajuan secara manual, sekali gus mengurangkan keletihan.
  • Styling bar (eksklusif untuk varian GSR) kini ditawarkan sebagai aksesori pilihan untuk penampilan lebih bergaya.
  • Selain itu, Triton GLS kini ditawarkan dalam warna baharu, Impulse Blue Metallic (biru) yang sporty dan kelihatan menarik untuk aktiviti santai.
  • Tidak seperti pasaran tempatan yang ditawarkan kotak gear manual atau automatik, Triton versi Jepun itu hanya mempunyai pilihan kotak gear automatik 6-kelajuan dengan mod Sport untuk padanan enjin 2.4L diesel turbo.
  • Enjin 4N16 menghasilkan output kuasa 204ps @ 3,500rpm dan tork 470Nm @ 1,500-2,750rpm. Angka ini setara Triton Athlete pasaran tempatan berbanding varian lain dengan kuasa 181hp dan 430Nm.
  • Triton Jepun tiada pilihan pacuan dua roda (2WD).
  • Jualan untuk pelanggan di Jepun sudah bermula dan Triton GSR ditawarkan pada harga 5,408,700 yen (RM167,186) dan 4,988,500 yen (RM154,241) untuk Triton GLS.
Triton GSR
Triton GSR
Triton GLS
Triton GLS
mitsubishi-triton-2025-jepun-impulse-blue-metallic
Mitsubishi Triton GLS 2025 Jepun
mitsubishi-triton-2025-jepun-2
mitsubishi-triton-2025-jepun-1
mitsubishi-triton-2025-jepun-4
mitsubishi-triton-2025-jepun-5
mitsubishi-triton-2025-jepun-3
mitsubishi-triton-2025-jepun-6
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4, Trak dan Lori Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Motor Corporation (MMC), Mitsubishi Triton, Mitsubishi Triton 2025 Jepun, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev