• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PATI Tiada Lesen, Tapi Miliki Kenderaan dan Berani 'Jelajah' Jalan Raya Malaysia

PATI Tiada Lesen, Tapi Miliki Kenderaan dan Berani 'Jelajah' Jalan Raya Malaysia

April 10, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

ADA pendatang asing tanpa izin (PATI) memiliki kenderaan dan pada masa sama, tidak pula mempunyai lesen memandu sah, tetapi berani pula berada di atas jalan raya negara ini.

Kisah PATI menunggang atau memandu tanpa lesen bukan cerita baharu, tetapi boleh diibaratkan sebagai satu permasalahan harian yang terus berlarutan di Malaysia.

Akhbar Sinar Harian dalam laporan malam semalam mendedahkan senario sama dikesan di Kelantan menerusi satu operasi bersepadu membabitkan lima agensi penguat kuasa sekitar beberapa jalan di Kota Bharu.

Operasi tersebut bermula jam 6 petang yang melibatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan.

Laporan akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan sebagai berkata:

Operasi yang tertumpu kepada sekatan jalan raya ini bertujuan mengesan salah laku dan pelanggaran peraturan lalu lintas oleh pengguna jalan raya.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati terdapat segelintir warga asing memiliki kenderaan dan memandu serta menunggang tanpa lesen yang sah."

Pihak berkuasa menahan dua PATI yang menunggang motosikal tanpa sebarang dokumen termasuk tidak memiliki pas atau permit sah selain tinggal lebih masa di negara ini dalam operasi tersebut.

Mohamed Yusoff Khan berkata;

Mereka yang ditahan ialah seorang lelaki warga Kemboja dan seorang lelaki warga Myanmar. Kedua-dua individu berkenaan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut."

Kedua-dua suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), keselamatan jalan raya, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev