• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prototaip Mazda3 Concept 2025 Hadir di Bermaz Auto Showcase

Prototaip Mazda3 Concept 2025 Hadir di Bermaz Auto Showcase

April 10, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MODEL prototaip kereta Mazda3 Concept sudah berada di Malaysia dan anda berpeluang melihat kereta eksklusif itu dengan mengunjungi pameran Bermaz Auto Showcase di dua lokasi iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Prototaip Mazda3 Concept itu sedang dipertontonkan bersama model edisi khas Mazda MX-5 35th Anniversary Edition dan MX-5 versi dipertingkat 2025 di Petaling Jaya, Selangor.

Acara itu dianjurkan Bermaz Motor yang juga merupakan pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia. Berikut ialah dua lokasi pameran model prototaip Mazda3 Concept:

  • 1 Utama Shopping Centre (Selangor) dari 10 hingga 13 April 2025, bermula 10 pagi hingga 10 malam
  • Queensbay Mall (Pulau Pinang) bermula 16 hingga 20 April 2025, dari 10 pagi hingga 10 malam

APA MENARIK TENTANG PROTOTAIP MAZDA3 CONCEPT 2025

  • Model prototaip ciptaan Divisi MazdaSports di bawah Bermaz.
  • Mengimbau kembali model asal Mazda3 MS Edition yang dilancarkan pada 2016 tetapi lebih menyerlah dari aspek evolusi rekaan dan inovasi pemanduan termaju.
  • Mazda3 Concept 2025 mendukung visi Bermaz untuk pengalaman Jinba-Ittai lebih personal.
  • Model prototaip itu juga membuktikan komitmen Bermaz menerusi inovasi dan peminat jenama Mazda, menerusi pendekatan rekaan Kodo yang lebih berani.
  • Mazda3 Concept menggunakan rim Enkei Tuning SC22 dengan warna Matte Gunmetal.
  • Sistem henti menggunakan pad brek Endless Super Street S-Sports.
  • Kit badan bespoke dengan rona hitam kilat.
  • Rekaan semula spoiler belakang yang membantu meningkatkan kestabilan pada pemanduan kelajuan tinggi.
  • Muncung ekzos lebih besar dan juga bar strut di bahagian depan.
  • Kabin turut dipertingkat dengan tempat duduk balutan baldu dengan kemasan merah.
  • Stereng juga menerima balutan baldu.
  • Badan kereta dihiasi pelekat eksklusif.
  • Sistem suspensi ditala semula dan casis kenderaan turut dipertingkat.
  • Dilengkapi dengan material premium dan sentuhan terbaik.
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 6
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 5
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 9
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 14
MAZDA_web_m3_TOP PAGE_02
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 13
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 8
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 10
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 7
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 12
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 15
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 4
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 3
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 2
BERMAZ MAZDA3 CONCEPT - 1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bermaz Auto Showcase, bermaz Motor, Mazda3 Concept 2025, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev