• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Step Wgn Air EX, Step Wgn Spada Premium Line Black Edition 2025 Diperkenal!

Honda Step Wgn Air EX, Step Wgn Spada Premium Line Black Edition 2025 Diperkenal!

April 10, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Step Wgn generasi keenam dilancar secara rasmi di Jepun pada Mei 2022. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu menerima sambutan hangat pengguna berikutan rekabentuk yang ringkas dan kemas.

MPV itu juga menawarkan ruang kabin terbesar dalam sejarah Honda dan susunan kerusi yang sangat fleksibel dan mudah digunakan.

Honda membahagikan MPV tersebut kepada dua varian utama, iaitu Step Wgn Air dan Step Wgn Spada yang membolehkan pelanggan memilih mengikut gaya hidup dan keperluan masing-masing.

Memasuki tahun ketiga di pasaran, Honda menambah baik tawaran dengan memperkenalkan varian Honda Step Wgn Air EX. Varian ini dilengkapi pelbagai kemudahan tambahan seperti pintu belakang automatik dan tempat duduk baris kedua jenis Ottoman yang sangat diminati pelanggan.

Beza ruang kabin Step Wgn Spada biasa dan Premium Line (kanan)

Bagi varian tertinggi Step Wgn Spada iaitu Spada Premium Line, Honda memperkenalkan edisi istimewa Black Edition dengan rekabentuk berasaskan warna hitam dan tekstur lebih premium sebagai tambahan pilihan buat pelanggan.

Honda Step Wgn Air EX 2025 (tambahan daripada Step Wgn Air)

  • Stereng balutan kulit
  • Pemanas kerusi baris depan
  • Kerusi barisan kedua dengan fungsi Ottoman
  • Port USB untuk semua baris tempat duduk
  • Sistem penyaman udara automatik 3 zon
  • Pintu belakang automatik
  • Sistem amaran titik buta (BSA)

Honda Step Wgn Spada Premium Line Black Edition

  • Frem gril depan hitam krom
  • Rim aluminium 17 inci eksklusif warna Berlina Black
  • Lencana khas Black Edition
  • Cermin sisi dan hendal pintu warna Crystal Black Pearl
  • Batang stereng bertekstur warna Piano Black

Honda tidak memperincikan butiran trenkuasa kecuali terpampang plat e:HEV pada bampar. Berdasarkan model sebelum ini, e:HEV menggabungkan enjin petrol 2.0L i-VTEC dengan dua motor hibrid dan transmisi automatik ECVT. Enjin memiliki kuasa 145 ps dan 175Nm manakala motor elektrik menghasilkan 184ps dan tork 315Nm.

Selain hibrid, Step Wgn pasaran Jepun ditawarkan enjin 1.5L VTEC Turbo dengan kotak gear automatik CVT dan output kuasa 150ps dan tork 203Nm.

Honda Step Wgn Air EX 2025
Honda Step Wgn Air 2025 02
Honda Step Wgn Air EX 2025 04 - Pintu belakang berkuasa, fungsi memori
Honda Step Wgn Air dan Spada 2025
Honda Step Wgn Air EX 2025 - Kerusi dengan pemanas
Honda Step Wgn Air EX 2025 - Stereng balutan kulit
Honda Step Wgn Spada Premium Line Black Edition 2025:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Step WGN, Honda Step Wgn Air, Honda Step Wgn Spada Premium Line Black Edition, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
    #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev