• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Beza Cuma RM7k, Berbaloikah Pilih Varian Prime untuk Jetour Dashing 2025?

#TahukahAnda: Beza Cuma RM7k, Berbaloikah Pilih Varian Prime untuk Jetour Dashing 2025?

April 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU lagi jenama baharu yang bakal bersaing dalam pasaran Malaysia iaitu Jetour rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu, Jetour Dashing 2025.

Seperti kita ketahui, SUV segmen-C itu menawarkan dua varian pilihan, iaitu Comfort dan Prime, tetapi sejauh mana perbezaan kedua-dua varian berkenaan?

Dari segi harga, kedua-dua varian tiada jurang angka terlalu jauh, hanya berbeza RM7,000. Namun percayakah anda, tidak rugi membelanjakan RM7,000 itu untuk memiliki varian Prime? Ini sebabnya...

Perbezaan Luaran

Dari segi luaran, varian Comfort menawarkan lima ciri menarik seperti lampu utama LED automatik. Bahagian sisi pula dilengkapi cermin sisi boleh lipat automatik dan rim aloi 18 inci, manakala bahagian belakang ada but automatik dan lampu belakang LED.

Varian Prime pula mempunyai tambahan tujuh ciri menarik dengan bahagian luaran ada 12 ciri secara keseluruhan.

Bahagian depan varian ini mempunyai wiper yang dilengkapi sensor hujan dan kamera pandang keliling. Bahagian sisi turut diberikan cermin sisi boleh lipat automatik, tetapi ditambah ciri pemanas untuk membantu penglihatan pemandu lebih baik selain menghalang gangguan kabus ketika memandu dalam cuaca sejuk.

Bahagian belakang pula ada tambahan sistem keselamatan seperti:

  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Tukar Lorong (LCW)
  • Sistem Amaran Buka Pintu (DOW)
  • 6 beg udara

Perbezaan Dalaman

Secara umum, bahagian dalaman hanya dibezakan ciri elektronik yang sangat minimalis, tetapi mampu menjadikan suasana pemanduan lebih seronok dan praktikal.

Varian Comfort dilengkapi tujuh ciri asas yang mungkin susah ditemui berbanding jenama lain pada harga sama seperti:

  • Sistem audio empat pembesar suara
  • Butang tekan-mula (push start)
  • Pengecas wayarles 50W
  • Rekaan lubang halus pada kerusi untuk menambah baik pengudaraan
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan
  • Stereng multifungsi
  • Unit infotainment kembar 10.25 inci

Varian Prime menawarkan empat ciri tambahan seperti:

  • Sistem audio enam pembesar suara
  • Lampu ambien dalam kabin
  • Kerusi penumpang depan boleh laras elektrik 4-tetapan
  • Dilengkapi kamera keliling 360º dengan tambahan kamera lantai lut sinar 180º

Tambahan lain, 500 pelanggan pertama akan menerima rebat RM2,000, manakala setiap pembelian akan dipakejkan lima kali servis percuma, waranti kenderaan tujuh tahun dan 150,000km (mana satu tiba dulu), dan waranti enjin 10 tahun serta 1,000,000km (mana satu tiba dulu).

Jadi, adakah anda rasa berbaloi miliki varian Prime?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Jetour Dashing, Jetour Dashing 2025, Jetour Malaysia, Kenderaan Utilisi Sukan (SUV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV Segmen-C, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my