• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Warga China Tiada Lesen Pandu Lamborghini Kena Saman, Kereta Tak Disita

JPJ: Warga China Tiada Lesen Pandu Lamborghini Kena Saman, Kereta Tak Disita

April 9, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

BUKAN kena sita tetapi dikenakan saman.

Itu tindakan diambil ke atas seorang warga China yang tidak memiliki lesen memandu sah tetapi ditahan memandu kereta sport jenis Lamborghini Aventador di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Bernama menyatakan perkara itu dijelaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sekali gus 'memperbetulkan' laporan awal yang menyatakan kenderaan tersebut disita.

Agensi berita itu melaporkan JPJ WPKL dalam kenyataan memaklumkan pemandu itu sebaliknya hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar semalam.

Kenyataan tersebut menyatakan:

"JPJ WPKL hanya mengeluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan berkenaan pulang. Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul."

Media sebelum ini melaporkan Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, kereta yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu adalah antara 27 kenderaan yang disita dalam operasi bersepadu berkenaan.

Difahamkan lelaki yang bekerja sebagai pencipta kandungan media sosial itu dilaporkan memandu kereta miliknya untuk pulang ke rumah di Damansara Heights bersama teman wanitanya selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hamidi Adam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Lamborghini Aventador, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my