• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jetour Dashing 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k

Jetour Dashing 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k

April 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JETOUR Malaysia secara rasmi melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu, Jetour Dashing 2025 pada harga bermula RM109,800.

SUV segmen-C ini itu menggabungkan rekabentuk canggih dan penampilan menarik yang meletakkan Jetour sebagai pesaing baharu dalam pasaran automotif tempatan.

Model SUV itu tersedia dalam dua varian pilihan: Comfort (RM109,800) dan Prime (RM116,800) serta ditawarkan lima warna pilihan: Carbon Black (Hitam), Phantom Grey (Kelabu), Aurora Green (Hijau), Khaki White (Putih), dan Hematite Red (Merah), manakala warna dalaman dalam dwi-tona yang menggabungkan warna terang (off-white) dan gelap (hitam-merah).

Berikut spesifikasi lengkap Jetour Dashing 2025:

Trenkuasa

  • Dikuasakan enjin petrol 4-silinder sebaris 1.5L turbo.
  • Menghasilkan output kuasa 156ps (154hp) @ 5,500rpm dan 230Nm @ 1,750-4,000rpm.
  • Menggunakan transmisi dual-klac 6-kelajuan (6DCT).
  • Ada dua mod pandu: ECO dan Sport.

Luaran

  • Dimensi panjang 4,590mm, lebar 1,900mm, dan tinggi 1,685mm, manakala jarak roda 2720mm.
  • Menampilkan rekabentuk coupe fastback 3D
  • Hendal pintu sensor pintar tersembunyi yang disepadu dengan kunci pintar
  • Lampu LED matriks terpisah dan lampu siang (DRL) Mecha-Eyes yang unik
  • Rekaan lampu belakang corak bendera dam (checkered flag) untuk gaya sporty
  • Saiz rim 19 inci (Prime) dan 18 inci (Comfort)
  • Bumbung panoramik 75 inci

Dalaman

  • Unit infotainmen LCD 10.25 inci dengan skrin kembar.
  • Ada konektiviti wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Rekabentuk kabin tanpa bonggol untuk keselesaan lebih baik.
  • Teknologi arahan suara pintar untuk kawalan tingkap, penyaman udara, dan muzik.
  • Sistem penapis udara CN95 dan saluran udara belakang untuk suhu kekal konsisten.
  • Mempunyai anjakan gear manual elektronik dan pedal syif.
  • Perehat tangan depan ada sistem penyejukan dan pemanas, manakala perehat tangan belakang disediakan dua pemegang cawan.
  • Stereng kulit dengan fungsi butang kawalan.
  • Kerusi belakang boleh lipat 60:40.
  • Ada pengecas wayarles  50W, tiga port USB Type-A, satu port USB Type-C, dan soket 12V.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, manakala penumpang depan 4-tetapan.
  • Kapasiti but 486 liter dan boleh ditambah kepada 977 liter apabila kerusi belakang direbahkan sepenuhnya.

Keselesaan dan Keselamatan

  • Lampu brek ketiga pada spoiler
  • Pengesan titik buta (BSD)
  • Amaran Tukar Lorong (LCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • 6 beg udara
  • Kamera pandang keliling 360
  •  Sistem Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Sistem Kawalan Jelajah (CCS)
  • Kamera belakang dengan bantuan parkir

Seramai 500 pelanggan pertama menerima rebat RM2,000 dan setiap pembelian dipakejkan lima kali servis percuma, waranti kenderaan tujuh tahun dan 150,000km (mana satu tiba dulu), dan waranti enjin 10 tahun dan 1,000,000km (mana satu tiba dulu.

jetour-dashing-57
jetour-dashing-44
jetour-dashing-60
jetour-dashing-46
jetour-dashing-56
jetour-dashing-45
jetour-dashing-6
jetour-dashing-43
jetour-dashing-3
jetour-dashing-7
jetour-dashing-40
jetour-dashing-42
jetour-dashing-41
jetour-dashing-36
jetour-dashing-37
jetour-dashing-38
jetour-dashing-39
jetour-dashing-35
jetour-dashing-52
jetour-dashing-31
jetour-dashing-13
jetour-dashing-15
jetour-dashing-14
jetour-dashing-16
jetour-dashing-18
jetour-dashing-28
jetour-dashing-26
jetour-dashing-27
jetour-dashing-23
jetour-dashing-25
jetour-dashing-21
jetour-dashing-20
jetour-dashing-24
jetour-dashing-17
jetour-dashing-19
jetour-dashing-49
jetour-dashing-48
jetour-dashing-34
jetour-dashing-33
jetour-dashing-32
jetour-dashing-30
jetour-dashing-29
jetour-dashing-10
jetour-dashing-11
jetour-dashing-12
jetour-dashing-59
jetour-dashing-22

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jetour Dashing, Jetour Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev