• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 797 unit Proton e.MAS 7 Terjual Sepanjang Mac, Kekal EV Terlaris di Malaysia

797 unit Proton e.MAS 7 Terjual Sepanjang Mac, Kekal EV Terlaris di Malaysia

April 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KENDERAAN elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen EV tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025.

Pada Mac 2025, 797 unit Proton e.MAS 7 dijual, sekali gus menjadi model EV terlaris di negara ini.

Logo Pro-Net

Subsidiari Proton, Pro-Net melaporkan penghantaran 1,853 unit bagi suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pro-Net, Zhang Qiang berkata, model ini kini memegang 30 peratus pegangan pasaran yang mengukuhkan ia sebagai model EV terlaris di Malaysia.

Proton e.MAS 7

Pencapaian itu menjadi pendorong Pro-Net terus menawarkan produk berkualiti tinggi dan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Zhang Qiang juga menyatakan matlamat syarikat bukan hanya sekadar menjual kereta, tetapi juga membangunkan ekosistem pengecasan EV lengkap di Malaysia.

Ini sebahagian usaha Pro-Net memperkenalkan kemudahan dan infrastruktur yang menyokong penggunaan EV. Kajian Pro-Net mendapati pelanggan memilih Proton e.MAS 7 atas tiga sebab utama, iaitu:

  • Nilai berbaloi harga
  • Ruang kabin dan bagasi luas
  • Ciri inovatif ditawarkan

EV itu direka untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia pada harga mampu milik yang menjadikan ia pilihan utama di pasaran.

Sebagai tambahan, Proton e.MAS 7 dilengkapi dengan ekosistem pengecasan yang mudah diakses melalui aplikasi khas, menyediakan lebih daripada 2,300 lokasi pengecasan awam di seluruh negara. Ini memudahkan pengguna mengecas kenderaan mereka dengan lebih efisien.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Proton e.MAS 7, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my