• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Batu 50kg Hempap Kepala, Warga Bangladesh Maut ketika Menunggang

Batu 50kg Hempap Kepala, Warga Bangladesh Maut ketika Menunggang

April 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggang terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Insiden berlaku sekitar jam 1.10 pagi ketika mangsa, berusia 34 tahun, dalam perjalanan menuju ke Farlim dari arah Bayan Lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kemalangan berlaku apabila satu bongkah batu seberat 50kg bersaiz 0.5 meter jatuh dari lereng bukit sebelah kiri jalan dan terkena kepala mangsa.

Mangsa terjatuh di atas jalan raya, dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mengalami kerosakan pada bahagian depan dan tepi kiri.

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dengan lebih lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan lereng bukit bagi mengelakkan insiden serupa.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kes Kemalangan Maut, Polis Daerah Timur Laut, Seksyen.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev