• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gara-Gara Ingin Tular, Lelaki Jual Barang Kemas Isteri untuk Cipta Kereta Katil

Gara-Gara Ingin Tular, Lelaki Jual Barang Kemas Isteri untuk Cipta Kereta Katil

April 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki dari Murshidabad, Bengal, India, bertindak menjual barang kemas milik isterinya untuk mencipta sebuah kereta katil yang unik.

Projek itu direalisasikan Nawab Sheikh, 27, dari Shambhunagar yang mencipta sebuah kenderaan berbentuk katil lengkap dengan bantal dan cadar yang boleh dipandu di jalan raya.

Menurut Nawab, dia mengambil masa lebih setahun dan membelanjakan lebih RM12,000 (Rs2.5 lakh) untuk merealisasikan impian tersebut.

Walaupun hanya mempunyai gaji sekitar RM500 sebulan, Nawab yakin dengan projek tersebut dan rela menghabiskan wang untuk membeli alat ganti seperti enjin, stereng, dan tangki minyak, termasuk mengupah seorang tukang kayu untuk membina struktur katil itu.

Projek kereta katilnya mendapat perhatian netizen selepas Nawab memandu kenderaan tersebut sambil bersandar santai dengan meniru gaya ikonik pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.

A youth in West Bengal’s Murshidabad has made a Bed-Car on his own. He was seen driving the unique vehicle on road during Eid. Huge crowd gathered surrounding his car, following which, he has been instructed by local police to not take out the vehicle on the road until further… pic.twitter.com/a6T3ib7Qdr

— IndiaToday (@IndiaToday) April 3, 2025

Rakaman video tersebut tular di media sosial dengan meraih lebih 64 juta tontonan, sekali gus menjadikan Nawab popular.

Namun, populariti itu tidak bertahan lama apabila polis merampas kenderaan tersebut kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas. Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai keselamatan dan kesesakan jalan raya yang disebabkan kenderaan luar biasa itu.

Selain itu, Nawab turut menghadapi masalah hak cipta apabila sebuah saluran media dari Bangladesh memuat naik videonya tanpa kebenaran.

Akibatnya, akaun Facebook miliknya disekat yang menambah cabaran dalam perjalanan impian untuk menjadi tular di media sosial.

SUMBER: IndiaToday | SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, India, Kereta Katil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my