GENESIS X Gran Coupe dan X Gran Convertible Concept melambangkan perkembangan rekabentuk kenderaan Korea. Dua model ini menggabungkan ciri moden dengan gaya klasik yang setara model premium buatan Eropah.
X Gran Coupe Concept dan X Gran Convertible Concept ialah varian konsep yang diilhamkan daripada model utama Genesis, iaitu G90.
Kedua-dua model konsep itu mempamerkan hala tuju masa depan jenama tersebut sebagai jenama mewah emosional melalui tipologi tersendiri.
X Gran Coupe Concept menonjolkan gaya elegan dan atletik Genesis, manakala X Gran Convertible Concept pula menampilkan rekabentuk yang menawarkan kebebasan ekspresi dan pengalaman bumbung terbuka yang lebih mengasyikkan serta hubungan langsung dengan persekitaran sekeliling. Menariknya, kedua-dua model tampil menawan dan terjemahan coupe dan konvertibel klasik dalam dunia moden.

Bahagian depan membawa identiti Genesis dengan lampu Two-Line dan gril Crest tiga dimensi yang diilhamkan daripada tali logam tenunan yang disusun dalam corak berlian.
Kemasan gril bawah dengan corak jaring menekankan karakter sporty kedua-dua model konsep, manakala bonet panjang mewujudkan siluet dinamik.
Lampu Two-Line yang memanjang ke fender memperkukuh kehadiran visual dan diperkuat dengan jarak trek lebih lebar. Cermin depan pula lebih condong dan garis bumbung lebih rendah mewujudkan siluet kereta menyerlah.
Pintu tanpa pilar yang dipanjangkan dan tingkap tanpa frem yang boleh diturunkan sepenuhnya mewujudkan profil sisi dramatik dan anggun. Bagi X Gran Coupe Concept, rekabentuk garis bumbung disatukan secara visual untuk kabin yang menyerupai kubah kereta sport.
Bagi X Gran Convertible Concept, garis pinggang (beltline) dipanjangkan ke belakang memisahkan bahagian badan daripada bumbung boleh lipat.
Satu lagi menyerlah ialah rim lima bintang X Gran Convertible Concept seakan potongan kristal, manakala rim X Gran Coupe Concept juga menarik seperti rekabentuk kereta sport.
Bahagian dalaman X Gran Coupe Concept menampilkan elemen rekabentuk unik yang diilhamkan daripada pokok zaitun Mediterranean.
Kayu zaitun berliang halus mikro digunakan menyeluruh selainan grafik bercahaya bertema zaitun. Rekaan karpet juga bertema zaitun. Bukan saja objek fizikal, pemandu dan penumpang turut dapat menghidu bau kulit Genesis yang menggunakan sisa air daripada pengeluaran minyak zaitun Itali dan bebas krom.
Tanah berpasir dan liat yang menyuburkan pokok zaitun Mediterranean menjadi ilham kepada penggunaan kristal dalam X Gran Coupe Concept dengan perincian pada stereng, konsol tengah dan salur udara. Kristal itu memantulkan cahaya matahari dengan cara unik yang menghasilkan pantulan cahaya menarik di dalam kabin.

Elemen kristal turut meningkatkan rasa mewah dalam X Gran Convertible Concept yang memberi efek monokromatik. Kerusi depan dengan tali kelendar dipasang skrin dan salur udara untuk penumpang belakang.
Kedua-dua X Gran Coupe dan X Gran Convertible nampak seperti sudah sedia dikeluarkan, tetapi Genesis belum mengesahkannya.
Leave a Reply