• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / HRC Memorabilia Tawar Artifak Perlumbaan Honda kepada Orang Ramai!

HRC Memorabilia Tawar Artifak Perlumbaan Honda kepada Orang Ramai!

April 6, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETA lumba bukan sekadar objek tetapi juga watak dalam rakaman sejarah, terutama model ikonik. Koleksi sebegini biasanya disimpan syarikat pengeluar, di muzium atau dibawa ke acara tertentu.

Kereta bersejarah juga menjadi buruan pengumpul kerana mempunyai nilai tinggi dan ini pula perkembangan menarik daripada Honda.

Logo Honda

Divisyen perlumbaan Honda, Honda Racing Corporation (HRC) kini memulakan perniagaan memorabilia yang mana peminat dan pengumpul seluruh dunia berpeluang memiliki sebahagian daripada sejarah perlumbaan.

Langkah baharu menarik itu akan menampilkan pelbagai jenis memorabilia tulen dan bermutu tinggi seperti barangan bertandatangan, koleksi edisi terhad dan artifak langka daripada legasi HRC yang penuh sejarah dalam dunia sukan permotoran.

Sempena memperingati pelancaran perniagaan memorabilia ini, HRC merancang melelong beberapa komponen terpilih dan langka daripada enjin Honda RA100E V10 F1 (foto atas), iaitu enjin yang memacu jentera kejuaraan dipandu Ayrton Senna dan Gerhard Berger pada musim Formula Satu (F1) 1990.

Selain itu, HRC kini sedang memilih jentera warisan dan komponen daripada siri IndyCar serta motosikal lumba untuk jualan peribadi atau lelongan dalam masa terdekat.

Senna dan Berger (kiri)

Dengan memiliki sebahagian enjin Honda F1 yang menggerakkan jentera Senna dan Berger, peminat dapat mengimbas kembali detik kegemilangan tersebut pada bila-bila masa.   Melalui perniagaan itu, Honda mahu meningkatkan lagi nilai jenama perlumbaan Honda dan HRC.

Enjin Honda RA100E F1 dileraikan dengan penuh teliti di kilang HRC di Bandar Sakura, Wilayah Tochigi, Jepun daripada pembina asal enjin ini.

Barangan lelongan pelbagai komponen dalaman dan luaran seperti aci sesondol, penutup aci sesondol, piston dan rod penyambung diletakkan dalam kotak lut sinar dan setiap satu diberikan sijil ketulenan asal daripada HRC.

Bagi menjamu mata, Honda turut mempamerkan jentera lumba bersejarah di Honda Collection Hall di Mobility Resort Motegi dan di Galeri Honda RACING di Litar Suzuka.

Jenter Honda dalam Isle Man TT 1950-an
Jentera F1 Honda era 1960-an

Pameran itu termasuk jentera yang bersaing dalam kejuaraan Isle of Man TT pada 1950-an, jentera F1 awal dari 1960-an dan pelbagai mesin lain hingga kini.

Banyak jentera itu diselenggara teliti supaya sentiasa berada dalam keadaan berfungsi yang baik selain pelbagai alat ganti yang jarang ditemui.

Pusat koleksi itu juga memilih dengan teliti komponen koleksi terhad bagi memastikan barangan dijual tidak menjejaskan pemeliharaan jentera yang masih boleh beroperasi.

Jenter Honda dalam Isle Man TT 1950-an
Jentera F1 Honda era 1960-an

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Ayrton Senna, Gerhard Berger, Honda, Honda RA100E V10 F1, Honda Racing Corporation (HRC), HRC, HRC Memorabilia, Memoribilia Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my