• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin Terbakar, Pesawat AirAsia Terpaksa Mendarat Cemas

Enjin Terbakar, Pesawat AirAsia Terpaksa Mendarat Cemas

March 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PESAWAT AirAsia yang membawa 171 penumpang dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China terpaksa melakukan pendaratan kecemasan akibat kebakaran enjin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Khamis lalu.

Insiden itu berlaku apabila pesawat Airbus A320-216 yang bertolak jam 9.59 malam terpaksa berpatah balik ke KLIA 2 kerana kebakaran enjin sebelah kanan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.37 malam, dan sembilan anggota bomba dengan jentera dari Balai Bomba KLIA dikerah ke lokasi kejadian.

Pesawat tersebut berlegar di udara sementara menunggu arahan pendaratan sebelum mendarat jam 12.08 tengah malam. Ahmad Mukhlis berkata, pesawat itu mengalami kerosakan pada 'pneumatic cutting burst'.

Sebelum pesawat mendarat, api sudah dipadamkan sistem Halon dalam pesawat, dan anggota bomba bertindak segera untuk membantu mengeluarkan penumpang dan memastikan tiada lagi punca api selepas mendarat selamat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirAsia, Airbus A320-216, Auto Terkini, Enjin Pesawat Terbakar, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev