• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / British Airways Kembali Terbang ke KLIA Dengan Penerbangan Harian Bermula 2 April 2025

British Airways Kembali Terbang ke KLIA Dengan Penerbangan Harian Bermula 2 April 2025

March 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

BRITISH Airways akan menyambung semula operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan harian Boeing 787-9 antara London Heathrow dan Kuala Lumpur bermula 2 April 2025.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kembalinya syarikat penerbangan utama UK itu, yang dijangka menyumbang kepada peningkatan trafik udara di Malaysia.

Pengurus Besar Kanan, Strategi MAHB, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, menyatakan British Airways sangat teruja untuk kembali ke pasaran Malaysia, berdasarkan jualan yang kukuh dan muatan penerbangan yang tinggi.

Perbincangan dengan pasukan British Airways menunjukkan keyakinan mereka terhadap faktor muatan yang positif, yang dapat meningkatkan kekerapan penerbangan dalam dua tahun akan datang.

Kembalinya British Airways ke KLIA adalah sebahagian daripada usaha MAHB untuk menarik lebih banyak ahli Oneworld dari Eropah. KLIA kini menempatkan beberapa syarikat penerbangan Oneworld seperti Malaysia Airlines, Japan Airlines, dan Cathay Pacific.

Justeru, MAHB sedang berusaha untuk membawa masuk syarikat penerbangan lain seperti Finnair dan Iberia, serta syarikat penerbangan bukan ahli Oneworld dari Jerman, Switzerland, Perancis, dan Itali, dalam usaha untuk memperluas jaringan penerbangan KLIA.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, British Airways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Pesawat Boeing 787-9, Syarikat Penerbangan UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev