• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Pemandu Rempuh Parah Penunggang Warga Emas Berteduh Bawah Jejambat

Polis Tahan Pemandu Rempuh Parah Penunggang Warga Emas Berteduh Bawah Jejambat

March 25, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSPEK pemandu kereta  ditahan kerana melanggar seorang penunggang motosikal warga emas yang sedang berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, dekat Plaza Tol Sungai Besi, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, insiden tersebut dikesan selepas tular rakaman video sembilan saat di media sosial yang dilaporkan berlaku sekitar jam 8.40 malam.

Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal tersebut berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh suspek dari belakang.

Mangsa yang berusia 76 tahun parah di kepala dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut," kata Mohd Zamzuri.

Menurutnya, pemandu kereta yang berusia 40 tahun itu tidak melarikan diri dan hadir ke balai trafik untuk membuat laporan polis sebelum ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267 / 0269, atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kereta Rempuh Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev