• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Tiada Caj Kesesakan Jalan Raya Dikenakan Bagi Kenderaan Persendirian Setakat Ini

Loke: Tiada Caj Kesesakan Jalan Raya Dikenakan Bagi Kenderaan Persendirian Setakat Ini

March 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN tidak bercadang melaksanakan caj kesesakan jalan raya ke atas kenderaan persendirian di Kuala Lumpur buat masa ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau menjelaskan, perkara itu sudah dibincangkan mendalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, dengan menumpukan kepada peningkatan mutu pengangkutan awam terlebih dahulu.

Loke juga menjelaskan kajian mengenai pelaksanaan caj kesesakan sedang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) yang merangkumi mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan trafik, dan peningkatan penggunaan pengangkutan awam.

Sebagai langkah jangka panjang, MOT melaksanakan Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam Lembah Klang yang merangkumi kajian Origin-Destination. Kajian itu diharapkan dapat menjadi penanda aras untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara ini, termasuk negeri lain.

Loke menegaskan negara maju biasanya melaksanakan caj kesesakan hanya selepas mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik dan cekap.

Justeru fokus Kerajaan adalah memperkukuh pengangkutan awam sebelum menimbangkan langkah-langkah seperti caj kesesakan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Caj Kesesakan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kenderaan Persendirian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my