• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Beli 12 Tren Elektrik Bernilai RM283j untuk Pertingkat Perkhidmatan Komuter Utara

KTMB Beli 12 Tren Elektrik Bernilai RM283j untuk Pertingkat Perkhidmatan Komuter Utara

March 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERKHIDMATAN laluan Komuter Utara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal dipertingkat menerusi pembelian 12 unit tren elektrik baharu dalam usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam lebih cekap dan mesra pengguna.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perolehan tren itu bertujuan menangani peningkatan jumlah penumpang di sektor Utara, yang mencatatkan lonjakan 29 peratus daripada 12,668 orang pada 2023 kepada 16,363 orang (2024).

KTMB logo
crrc-rolling-stock-centre-malaysia-logo

Pada 20 Mac lalu, Kerajaan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd melalui tender terbuka untuk perolehan 12 set tren Three Car Set (3CS). Dengan kos keseluruhan RM283 juta, 12 tren elektrik itu melibatkan aspek rekabentuk, pembinaan, penghantaran, pengujian, dan pentauliahan.

Beliau menjelaskan pembinaan tren 3CS itu akan dilakukan berfasa dalam tempoh 36 bulan dengan tren pertama dijangka diterima dalam tempoh 22 bulan. Perkhidmatan itu diharapkan dapat mengurangkan masa menunggu dan menyediakan pengalaman perjalanan lebih selesa dan moden kepada penumpang.

Dalam jangka pendek, sebuah tren komuter enam gerabak sudah ditempatkan semula dari Lembah Klang ke sektor Utara, bagi menggantikan tren tiga gerabak sedia ada. Langkah berkenaan dapat meningkatkan kapasiti penumpang setiap perjalanan daripada 450 kepada 1,100 penumpang.

Tren tiga gerabak yang diganti itu kini dijadikan tren simpanan untuk kegunaan kecemasan.

Peningkatan jumlah penumpang KTM Komuter Utara menunjukkan sambutan positif terhadap inisiatif terdahulu, termasuk pemanjangan laluan dari Butterworth ke Ipoh.

Langkah itu juga memperlihatkan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan pengangkutan awam berkualiti, khususnya di kawasan Utara, sekali gus mengukuhkan KTM Komuter sebagai pilihan utama pengangkutan rakyat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Tren Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev