• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Gandar Belakang Tercabut Hingga Sebabkan Kemalangan, Ini Jawapan Perodua!

Isu Gandar Belakang Tercabut Hingga Sebabkan Kemalangan, Ini Jawapan Perodua!

June 23, 2017 By Abang GYL 9 Comments

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

gandar belakang tercabutSEMINGGU dua ini kecoh di laman sosial dengan penyebaran foto yang kononnya gandar belakang Perodua Alza dan Myvi tercabut sehingga menyebabkan kemalangan.

Dakwaan demi dakwaan terus tular di laman sosial sehingga ia menerima pelbagai respon daripada netizen.

gandar belakang tercabut
gandar belakang tercabut
gandar belakang tercabut

Hari ini, Perodua tampil menyiarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu. Menerusi kenyataan berkenaan, Perodua berasa kecewa kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan info tidak tepat tanpa merujuk dalam mendapatkan kesahihan gambar itu.

" Kami sudah mengeluarkan lebih daripada sejuta unit Myvi dan beratus ribu Alza. Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang laporan mengenai permasalahan itu.

" Gambar gandar belakang yang terpisah daripada struktur badan kenderaan adalah disebabkan pelanggaran tinggi dan kami sudah menghubungi kesemua pemilik terlibat.

" Kesemua pemilik kenderaan terlibat mengesahkan bahawa gandar belakang tercabut disebabkan oleh kemalangan," tambah Perodua.

Untuk itu, kami meminta semua agar tidak menyebarkan berita tidak tepat sehingga menyebabkan pemilik lain berasa bimbang. Kami berharap anda dapat menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di laman sosial.

BACA >>> Inilah Jawapan Balas Pemilik Axia Viral: "Stereng Tiba-Tiba Locked Sebelum Saya Tekan Brek dan Terbabas!"
gandar belakang tercabut

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza, gandar belakang Perodua Alza tercabut, gandar belakang tercabut, jawapan perodua mengenai gandar belakang Perodua Alza tercabut, Myvi, Perodua, viral gandar belakang\

Comments

  1. mama says

    June 24, 2017 at 10:32 AM

    Saya yakin dengan kualiti kereta perodua. Dua kereta yang pernah saya guna kancil & kini myvi. Memang terbaik. Sedap dipandu & ada ummph...

    Reply
    • next says

      June 26, 2017 at 11:34 PM

      Jelas sekali anda tidak pernah memandu kenderaan jenis lain.

      Reply
  2. mat says

    June 24, 2017 at 10:36 AM

    Kalo perlanggaran tinggi takkan depan elok jer? Ke org lnggar belakang?

    Reply
    • next says

      June 26, 2017 at 11:37 PM

      Itulah definisi 'pelanggaran tinggi' bagi perodua...sangat menyedihkan apabila para pengguna kenderaan perodua diperbodoh-bodohkan oleh perodua sendiri

      Reply
  3. Jeffry says

    June 24, 2017 at 4:50 PM

    Sy amat bersetuju dgn pradua....
    Kerna sy pakai alza jauh dh sy bawa melancung serata malaysia ..bab gander tu sy rasa x menjadi masaalah...
    Jika ada peluang sy nk beli lagi alza.( kalau ada rezeki )
    Bagi sy alza adalah mpv yg amat sempurna bagi yg x berkemampuan utk membeli kereta mpv mahal.........
    Alza mmg terbaik bagi saya

    Pemandu ubet alza
    Ujang pasir gudang

    Reply
  4. Suraya Natasha says

    June 30, 2017 at 5:43 PM

    muatan melebihi had... berat belakang tang tak dapat ditampung gandar...
    itulah puncanya...

    Reply
  5. Amirul says

    July 2, 2017 at 10:52 PM

    Masuk injector vios.. Trus sedap dan pikap.
    Minat roger 0172454476

    Reply
  6. Azis Ahmad says

    July 2, 2017 at 10:57 PM

    Bagi saya kenderaan myvi tak ada masaalah apa, saya guna myvi agak lama, sedap pemanduanya, saya selesa dgn Myvi.

    Reply
  7. Fiq says

    October 29, 2019 at 10:12 PM

    saya rasa kualiti juga sebab myvi model 2017 pun boleh tercabut tayar hanya kerana membrek mengejut

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev