• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trafik Harian ke Pantai Timur Dijangka Meningkat 83 Peratus, Apa Usaha AFA Prime?

Trafik Harian ke Pantai Timur Dijangka Meningkat 83 Peratus, Apa Usaha AFA Prime?

March 25, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

JUMLAH trafik harian dijangka meningkat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) antara 70 - 80 peratus berikutan lebih ramai pengguna dijangka balik kampung sempena cuti perayaan Aidilfitri.

AFA Prime Berhad (AFA Prime) berkata, jumlah trafik bertambah bermula 27 - 30 Mac 2025 (Arah Timur) dan 4 - 6 April 2025 (Arah Barat).

RAMALAN SITUASI TRAFIK

  • KLK: Trafik harian dijangka naik 70 peratus, daripada 110,000 kepada 187,000 kenderaan.
  • LPT1: Trafik harian dijangka naik hingga 83 peratus, daripada 41,000 kepada 75,000 kenderaan.

APA PENDEKATAN AFA PRIME?

  • Mengambil inisiatif meningkatkan kapasiti operasi dengan menambah 21 peratus tenaga kerja di bahagian tol dan bahagian trafik.
  • Pasukan rondaan, unit Kenderaan Rondaan Lebuhraya (EMPV) dan pegawai RELA akan ditempatkan di plaza tol utama, kawasan rehat serta lokasi kesesakan utama.
  • Pusat Kawalan Trafik (TCC) akan menyediakan pemantauan masa nyata dan menyelaras respons terhadap situasi trafik.
  • Perkhidmatan trak tunda dan respons kecemasan 24 jam akan ditempatkan di lokasi strategik untuk memberi bantuan segera.
  • Kemudahan sepanjang KLK dan LPT1 akan dipertingkat untuk keselesaan pengguna.
  • Beberapa kawasan rehat terpilih akan dilengkapi kemudahan tandas mudah alih dan ruang parkir tambahan.
  • Akan ada peningkatan jumlah kakitangan pembersihan di semua R&R.
  • Semua stesen minyak sepanjang lebuh raya akan beroperasi 24 jam sehari.

Sementara itu, AFA Prime dengan kerjasama Agensi Bantuan Malaysia (MRA) di bawah inisiatif 'Jom Balik Kampung' akan mengagihkan 2,000 kit iftar kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak pada 27 Mac ini sebagai hidangan berbuka puasa kepada pengembara yang masih dalam perjalanan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AFA PRIME Berhad, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my