• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beberapa Lokasi di Lebuhraya Pan Borneo Sabah Berisiko Tinggi Kemalangan Musim Perayaan

Beberapa Lokasi di Lebuhraya Pan Borneo Sabah Berisiko Tinggi Kemalangan Musim Perayaan

March 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BEBERAPA lokasi sepanjang pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan, terutama jika pengguna jalan raya tidak berhati-hati.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun tiada lokasi khas dikategorikan sebagai 'lokasi panas', pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati ketika melalui kawasan sedang dalam pembinaan, seperti laluan dari Ranau ke Pos Kawalan Semporna-Tawau dan kawasan Kota Kinabalu ke Bulatan Berungis.

Shahelmy menjelaskan, kerja pembinaan di bahu jalan yang sedang dijalankan dapat menambah cabaran kepada pengguna.

Antara kawasan terlibat dalam pembinaan ialah Pakej WP6, WP7, dan WP8, yang melibatkan pemasangan pengadang had laju di bahu jalan. Malah, kawasan Benoni, Papar, juga masih dalam pembinaan dan memerlukan perhatian lebih daripada pengguna jalan raya.

Mengulas lanjut, beliau menekankan kepentingan mematuhi had laju ditetapkan di kawasan pembinaan. Pematuhan kepada papan tanda had laju penting bagi mengelakkan risiko kemalangan yang boleh berlaku akibat kelalaian atau kelajuan berlebihan.

Shahelmey turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor memastikan laluan trafik lancar dan selesa, terutama pada musim perayaan yang sering menghadapi kesesakan.

Shahelmey turut mengingatkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, Kota Kinabalu mencatatkan 1,500 kes kemalangan, termasuk 15 kes maut.

Justeru Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramadan dan Aidilfitri diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih peka dan berhati-hati, terutama di kawasan berisiko tinggi.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuhraya Pan Borneo (LPB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev