SERAMAI 200 penunggang motosikal diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan Bersepadu di KM131 hingga KM135, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Pulau Pinang, semalam.
Operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu membawa kepada tindakan sitaan 30 unit motosikal, 90 notis saman dan lima individu ditahan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, operasi itu dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
Beliau berkata;
Sebanyak 200 unit motosikal diperiksa dalam operasi tersebut sebelum 30 daripadanya disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain itu, 90 saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, ubah suai struktur motosikal, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan penggunaan ekzos bising."
AADK pula menahan lima individu selepas didapati positif dadah bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1957.
SUMBER: Malaysia Gazette
Leave a Reply