• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAG Peroleh 30 Pesawat Baharu daripada Boeing

MAG Peroleh 30 Pesawat Baharu daripada Boeing

March 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Aviation Group (MAG) mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu daripada Boeing sebagai sebahagian strategi pemodenan flit.

Pesanan itu melibatkan 18 unit Boeing 737-8 dan 12 unit Boeing 737-10 yang dikuasakan enjin CFM LEAP-1B, dengan pilihan untuk 30 unit lagi pesawat 737.

Selain itu, MAG juga menandatangani perjanjian penyelenggaraan penuh dengan CFM International Inc untuk flit pesawat CFM LEAP-1B, termasuk pembelian lima unit enjin ganti.

Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pemilihan pesawat 737-8 dan 737-10 mencerminkan strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat dalam memastikan pesawat tersebut sesuai dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang.

Boeing 737-8

Beliau juga menekankan pesawat generasi baharu itu menawarkan kecekapan bahan api lebih tinggi, jarak jauh lebih baik, dan keselesaan penumpang dipertingkat.

Kapten Izham berkata, komited terhadap pertumbuhan, MAG menerima 11 unit pesawat Boeing 737-8 dan akan menerima 14 lagi dalam tempoh setahun setengah akan datang.

Boeing 737-8 dan 737-10 baharu dijangka mula dihantar pada 2029, dengan pilihan tambahan untuk 30 pesawat lagi yang akan ditentukan sekitar 2027 atau 2028.

Kapten Izham turut menekankan, MAG akan meneruskan usaha memperluas flit pesawat badan lebar selepas 2029 memandangkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun di Asia Pasifik dijangka mencapai 5.6 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dengan tambahan pesawat baharu itu, MAG secara beransur-ansur akan menghentikan penggunaan pesawat Boeing 737-800 lebih lama, yang kini dikendalikan Malaysia Airlines.

Syarikat itu mensasarkan memiliki 55 pesawat berbadan sempit moden, termasuk Boeing 737-8 dan 737-10, menjelang 2030.

Setakat ini, MAG mengendalikan 113 pesawat di seluruh sistem, termasuk 42 pesawat Boeing 737-800 di bawah Malaysia Airlines dan lima di bawah Firefly.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Boeing 737, Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev