• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Ditahan Terlibat Lumba Haram di KL

Dua Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Ditahan Terlibat Lumba Haram di KL

March 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti lumba haram di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Suspek adalah sebahagian 38 penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi bermula tengah malam yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas menerima aduan awam mengenai gangguan aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kedua-dua remaja didapati menunggang motosikal diubah suai, termasuk ekzos dan brek, termasuk melakukan beberapa kesalahan lain yang melanggar peraturan jalan raya.

Operasi melibatkan pemeriksaan terhadap 38 motosikal, dan 19 motosikal daripada jumlah itu disita atas pelbagai kesalahan. Selain itu, 196 notis kompaun turut dikeluarkan dalam operasi tersebut sebagai tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang.

Kesalahan terbesar dikesan dalam operasi itu adalah penunggang motosikal tiada lesen memandu, yang juga perlanggaran tertinggi direkodkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Operasi berkenaan bertujuan memastikan keselamatan jalan raya, dan mencegah aktiviti lumba haram yang semakin membimbangkan.

JPJ juga memanggil ibu bapa kepada dua remaja tersebut untuk tindakan lanjut. Insiden berkenaan menekankan pentingnya pengawasan dan pendidikan kepada golongan muda mengenai bahaya aktiviti lumba haram serta kepatuhan terhadap peraturan jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Ampang, Lumba Haram

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my